Friday, December 31, 2010

Salahudin Ayubi - Penakluk Jerusalam


Apabila wafatnya Nabi Muhammad s.a.w dan selepas perginya negarawan yang ulung seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khatab, umat Islam di seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan  dan kedurjanaan musuh-musuh Allah. Mereka disembelih, diperkosa dan diusir dari tanah air sendiri. Pada masa itu Umat Islam memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti Khalid Al-Walid bagi memulihkan martabat dan maruah umat Islam. Ketika itulah muncullah Salahudin Bin Ayubi bagaikan mukjizat Nabi. Beliau mampu mengalahkan tentera salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi tandus dan jiwanya kosong.

"Pertama melihat karya Abdul Latip Talib, hati dan perasaan ini rasa sangat rugi tak miliki dan mengikut perkembangan buku buku sejarah Islam beliau. Jujur, ini buku pertama dan jutaan tahniah Ana ucapkan serta ribuan kejujuran buat sahabat yang syorkan membaca novel sejarah Islam. Sebagai peminat dan pengemar novel dan bahan Ilimah, amatlah rugi jika karya Abdul latip Talib tiada dalam senarai buku yang dibaca." - Ulat buku Yang Menulis.

Harga Buku :

RM 26.90 (Semenanjung)
RM 29.90 (Sabah dan Sarawak)

Ya, Dunia Kita Berbeza!


Semua wajib baca. Miliki buku ini secara peribadi untuk menjawab soalan berikut :

  • Eh ada darah. Inikah haid?
  • Aduh, berdenyut-denyut payudara. Bagaimana menjaga payudara dan cara melakukan pemeriksaan payudara sendiri (PSP)?
  • Baju dalam antara Cup A, Cup B atau Cup C?
  • Hore, aku sudah bujang. Aku akan berkhitan!
  • Eh, kau sudah alami ihtilam (wet dreams)? Ceritalah..
  • Alamak, ada bintik-bintik pada muka! Benci jerawat![-
  • Kenapa tiba-tiba aku berasa rindu pada Tina? Tiba-tiba malu untuk berbual dengan Sofia.. Apakah inikah cinta?

 Harga : RM 17.90 (Semenanjung)
               RM 20.90 (Sabah dan Sarawak)

Wednesday, December 29, 2010

Kirimkan Aku Malaikatmu


Nurul Syuhaida :
"Kehangatan rindu ini milikmu, Firdaus. Rindu yang tidak pernah luput dari sanubariku. Kerana rindu itu menjadikan aku lupa pada Hakim di sisiku. Lupa pada tanggungjawab yang telah diamanahkan padaku. Namun aku tidak mampu melupakan kesetian Hakim padaku."

Luqman Hakim :

"Aku tak mahu memaksa Nurul. Dia juga punya hati. Punya perasaan. Bukan boneka yang boleh diperlakukan begitu dan begini. Aku menjunjung tinggi erti kemanusian dan cinta. Kau harus mengerti cinta antara lelaki dan perempuan tidak seharusnya dibias 'keterpaksaan'. Itu kerja gila namanya."


Ahmad Firdaus :

"Mencintai awak satu perkara baru dalam hidup saya. Menyanyangi awak memberikan sejuta kebahagian. Lantas cinta ini mengajar saya erti hidup saling mempercayai Nurul, selagi nadi masih berdenyut, aura ini tetap milikmu."

Harga Buku :

RM 19.00   (Semenanjung)
RM 22.00 (Sabah & Sarawak)

Tuesday, December 28, 2010

Diari Mat Despatch


Peringatan:

Kepada sesiapa yang menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu beli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu.

Buku ini adalah kisah kehidupan sebenar yang menyentuh pelbagai aspek dari segi mutu kualiti penulisan bahasa Melayu Tinggi (BMT) dan bacaan yang mencuit hati sambil mengajak pembaca berfikir bersama satu watak yang hidup.
harga : RM9.90 (Semenanjung)
                      RM 10.90 (Sabah & Sarawak)

Monday, December 27, 2010

Curahan Kasih Seharum Syurgawi


Episod Cinta antara dua insan ini telah terjalin dengan penuh tertib sejak dini. Pertemuan dengan Azlan tidak terduga berlaku kala Amylea dalam kesusahan menempuh gelombang hidup yang datang tidak dijangka. Bekas suaminya, Razman hadir menuntut anak hasil perkahwinan dahulu. Ternyata, masalah yang ditangani dengan penuh berhemah membuahkan hasil yang jauh dari jangkaan sendiri.

Titik awal cinta Amylea dan Azlan telah bermula lalu membuka lembaran baru dalam hidupnya. Jelas, cinta yang dibina rapi bertiangkan syariat dan berpasak susila serta terjaga dari goncangan fitnah mampu mengubah landskap kehidupannya. 

" Melalui Curahan Kasih Seharum Syurgawi kita tidak hanya dimomok oleh bauran cinta. bahkan terasa seperti seorang hakim yang diperbijak oleh eleman undang-undang. " - Ibnu Ahmad Al-Kurauwi , Novelis Punya Kasih Ramadhan.

Harga : RM 18.50 (Semenanjung)
             RM 20.50 (Sabah dan Sarawak)

Thursday, December 23, 2010

Tuesdays With Morrie (Selasa bersama Profesor Morrie)

 

Bagi kita, mungkin datuk,guru ataupun rakan sejawat adalah seorang yang lebih tua, sabar dan bijak, yang memahami kita sebagai orang muda yang masih tercari-cari mengenai hidup, membantu kita melihat dunia sebagai tempat yang lebih indah serta memberitahu kita cara yang terbaik untuk mengharunginya.

Bagi Mitch Albom, orang itu adalah Morrie Shcwartz, sang guru tua yang pernah menjadi profesernya hampir dua puluh tahun yang lampau.

Namun, kesempatan kedua bagi bertemu sang guru ini berlaku pada bulan-bulan terakhir hidup profeser tua itu. Keakraban yang segera hidup kembali di antara sang guru dan murid itu sekaligus menjadi sebuah 'kuliah' bagi menghasilkan sebuah 'tesis terakhir' tentang cara menjalani hidup.

Selesa Bersama Morrie adalah sebuah catatan peristiwa orang-orang yang menakjubkan. Mitch Albom berkongsi 'kuliah' berharga daripada Morrie Schwartz dengan kita semua.

Harga : RM 16.50 (Semenanjung)
               RM  18.50 (Sabah & Sarawak)

Tuesday, December 21, 2010

Ketika Hatiku Ingin Berhijrah

 

 Buku ini secara keseluruhannya membicarakan betapa perlunya manusia berhijrah dan berubah. Manusia perlu berhijrah dan berubah kepada kehidupan yang lebih baik di bawah naungan keredaan Allah S.W.T. Jika tidak, mereka sebenarnya menempah kebinasaan. Setiap bab dalam buku ini mengandungi renungan dan peringatan yang bertujuan menyuntik kesedaran berputik, maka di situlah langkah perubahan bermula.

Perbagai persoalan dikemukakan dalam lima belas bab yang terdapat dalam buku ini. Persoalan-persoalan yang dikupaskan dan diulas merangkumi aspek akidah, syariat dan akhlak. Di sebalik kepelbagaian isu dan persoalan yang diutarakan, matlamat penulisan ini tetap sama iaiatu mengajak pembaca berfikir, bermuhasabah dan seterusnya bertindak untuk membuat perubahan dan penghijrahan.

harga : RM 15.90 (Semenanjung)
               RM 18.90 (Sabah dan Sarawak)

Cinta Laksa & Ubi

 
Nur Shafina menjadi keliru dengan e-mel yang baru diterimanya. Siapakah lelaki itu? Dia membalas bagi mencari identiti sebenar Ubi. Tetapi hatinya kuat menyatakan Ubi adalah abang seniornya yang pernah membulinya semasa orientasi dahulu.

Miss Laksa atau Nur Shafina di gelar demikian kerana kecemerlangannya membuat laksa ketika mengadakan jualan di universitinya. Siapakah Ubi? Haikal atau Radzi?

Apa pula cerita berkenaan teater dalam hidup Shafina dan sejarah keluarganya?

Harga : RM 13.50 (semenanjung)
                             RM 16.50 (Sabah dan Sarawak

Monday, December 20, 2010

Negeri 5 Menara


Seumur hidupnya, Alif tidak pernah menginjakkan kaki ke tanah di luar Minangkabau. Masa kecilnya dilalui dengan berburu durian runtuh di rimba mandi air biru di Danau maninjau. Tiba-tiba, dia perlu melintasi punggung Sumatera menuju sebuah desa di pelosok Jawa Timur. Ibunya mahu dia menjadi seperti Buya Hamka walaupun Alif mahu menjadi seperti Habibie. Dengan setengah hati, dia menurut kemahuan ibunya belajar di pondok Madani.

Pada hari pertama di Pondok Madani (PM). Alif terkesima dengan 'mantera' sakti man jadda wa jadda. Sesiapa yang bersungguh dia berjaya. Dipertemukan dengan hukuman denda di asrama, Alif bersahabat dengan Raja dari Sumenep, Atang dari Bandung dan Baso dari Gowa. Di bawah menara masjid, mereka menunggu waktu solat maghrib sambil menatap awan lembayung yang berarak ke ufuk. Awan-awan itu seolah-olah menjelma menjadi negera dan benua impian masing-masing. Ke manakah impian membawa mereka? Mereka tidak tahu. Apa yang mereka tahu adalah, jangan pernah remehkan impian, walaupun setinggi apa pun. Tuhan sungguh Mahu Mendengar.

Negeri 5 Menara adalah buku pertama daripada sebuah trilogi. Ditulis A.Fuadi, mantan wartawan TEMPO dan VOA, penggemar fotografi dan seorang konservasi. Alumni Pondok Moderm Gontor, HI Unpad, George Washington University of London ini meniatkan sebahagian Komuniti 5 Menara, sebuah organisasi sosial berasaskan sukarela yang akan menyediakan sekolah, perpustakaan, klinik dan dapur awam gratis untuk golongan yang tidak berkemampuan.

Harga Sebuah : RM 20 (Semenanjung)
                            RM 23 (Sabah/Sarawak)

Thursday, December 16, 2010

Detektif Bertudung Hitam ( Penyiasat Masjid)


Peti derma Masjid Victoria tidak dapat dibuka kerana nombor kombinasinya hilang entah ke mana. Zahra, gadis pemalu yang suka bertudung hitam diarahkan menyiasatnya. Dia dibantu dengan rakan-rakannya yang juga pemalu. Zahra perlu berdepan dengan penduduk Kampung Nabawan Victoria yang aneh-aneh.

Bukan sahaja perlu menyiasat. Zahra juga perlu bersaing dengan seorang penyiasat yang gemar berpakaian puteh. Penyiasat yang sentiasa mendahului tindakan Zahra. Namun, tabpa mereka sedari, semua langkah mereka sering di perhatikan oleh seorang perempuan bertudung biru.
Apakah seterusnya terjadi kepada Zahra dan rakan-rakannya?

Ini bukan kisah berkenaan itu sahaja. Temui juga Tuan Crocodile Hunter, Mawar Astakona Harum Berlima, Madhuri, L. Jalil dan ramai lagi watak yang akan mengharu birukan hidup Zahra dan rakan-rakannya.

Harga : RM 21.90 (Semenanjung)
                RM 24.50 (Sabah/ Sarawak)

Wednesday, December 15, 2010

Luka Smajo

 

LUKA SMAJO - Himpunan terbaik hasil tulisan Ummu Hani yang menggarapkan kisah-kisah masyrakat, nasihat dan komedi yang boleh dijadikan panduan dan diambil sebagai ikhtibar dalam melayari kehidupan seharian.

Di samping LUKA SMAJO, terdapat pelbagai kisah menarik. Di antaranya :
  • E-mel untuk Safiya
  • Kampung Hati Ayah
  • Es Teler Pagi Raya
  • Putih Qunaitara
  • Kapsyen
  • Ramadan yang Dahulu
Harga Senaskah : RM 15.90 (Semenanjung)
                                     RM 18.90 (Sabah / Sarawak)
 

Monday, December 13, 2010

Orang Miskin Dilarang Sekolah

 

Sketsa kehidupan yang memaparkan suapan akal dan nuraini. Apakah perasaan anda, jika kemiskinan menjerat anda? Anak-anak anda dilarang bermain bersama mereka yang diberikan sedikit kekayaan. Tangan anak-anak kecil ini hanya bergantungan di celah-celah pagar besi yang memagari kawasan persekolahan. Matanya  hanya mampu memandang. Telinganya hanya mampu mendengar. Mulutnya? Akalnya? Kita tidak punya apa apa dan hanya mampu memandang kemewahan mereka. Namun apakah ini semua bakal meragut semua harga diri dan titipan minda kita? 

Di sebalik sepasang mata yang jernih kecil dan tidak berdosa itu ada cahaya. Sepasang mata itu tidak tahu makna di larang ke sekolah, bermain, bersahabat dan bergembira riang seperti anak-anak seusianya di kejauhan sana  dan sepasang mata itu juga hanya mampu berkedip tenang.

"Novel ini menggetarkan jiwa.. Melihat kemiskinan yang melanda negera lain kian menggugat dari sudut mata anak-anak yang sukar untuk memahami mengapa mereka dilarang ke sekolah."

-Taufiqurrahman al-Azizy (novelis muslim kontemporari).

"Novel ini membuatkan kita rasa bersyukur dan merasai betapa pentingnya ilmu. Mereka dilarang bersekolah. Tapi kita pada masa kini dibenarkan sekolah tapi tidak menghargai peluang sekolah yang diberi. Lambakan pelajar sekolah yang ponteng dan bermasalah lambang ketidakhargainya peluang yang diberi."

- M.Shah Fizzat ( pengemar Novel dan bahan Ilmiah)

Harga buku : RM 28 (Semenanjung)
                            RM 30 (Sabah & Sarawak)

Saturday, December 11, 2010

Tawajuh Cinta

(Kumpulan Cerpen)

Koleksi 13 cerpen hasil penulis muda ini dihimpunkan dalam satu kumpulan cerpen "Tawajuh Cinta" yang menyelami kehidupan dan jiwa remaja dalam menghadapi pelbagai konflik dan keindahan makna cinta. Berkisar kehidupan dan keluarga yang tidak lari dari pada mencari keredaan Allah S.W.T.

Selamilah iramanya dalam "Lancungan Cermin", "Tawajuh Cinta", "Someng", "Dilema Seorang Khaulah", dan banyak lagi..

Penulis boleh dilawat dan boleh dibaca hasil tulisannya di laman web :

http://www.diariungu.blogspot.com
http://juwairiahjamil.wordpress.com
 
Harga Buku : RM 12 (Semenanjung)
                       RM 14 (Sabah/ Sarawak)

Thursday, December 9, 2010

Sejak Bila... (Rayyan VS Naznin)


Sejak Bila Kami Berkawan & Sejak Bila Kami Sepakat ? Buah tangan penulis yang hanya dikenali sebagai Ainin Naufal. Kenapa Rayyan VS Naznin? Kerana pada mula kisahnya (Sejak Bila Kami Berkawan?) mereka adalah ibaratkan anjing dan kucing. Bayangkan sahaja 36 bulan mereka betegang urat sesama mereka. Mereka bukanlan adik beradik. Mereka hanyalah rakan kelas dan satu sekolah. Adegan balas membalas menyebabkan pelbagai idea muncul untuk kenakan antara satu sama lain.
 
Lain pula jadinya selepas Ayah Rayyan dan Ibu Naznin bercinta walhal anak-anak mereka bergaduh. (Sejak Bila Kami Sepakat), bagaimanakah sepakatnya dua musuh ketat ini merancang untuk menghalang perkahwinan ayah dan ibu mereka. Bagaimana kisahnya? Mampukah mereka? Dapatkan buah tangan penulisan dengan harga :
Sejak bila kami sejak berkawan?
 
RM14.50 (Semenanjung)
RM17.50 (Sabah/Serawak)
 
Sejak bila kami sepakat?

RM14.50 (Semenanjung)
RM16.50 (Sabah/Serawak)

Tuesday, December 7, 2010

Perang Dunia Ke - 3

 

Sekatan ke atas Iran sahaja membuatkan Presiden Ahmadijed berasa marah dan bermati-matian mempertahankan Iran, tetapi rakyat juga turut merasakan tidak puas hati ke atas gesaan Barat terhadap projek nuklear negara mereka. Sekempulan pelajar Universiti Allameh Tatabai, Iran telah merancang menggagalkan idea jahat Israel, Amerika dan British ke atas Iran.

Shahpour Baktiar mengetuai mahasiswa dan mahasiswi gabungan empat buah universiti membuat rapat umum menentang kehadiraan El-Baradei, wakil IAEA sebagai boneka Amerika yang akan menggagalkan projek nuklear mereka. Berjayakah mereka menyelesaikan misi itu? Mampukah Shahpour Bakhtiar mengetuai kumpulannya untuk menghalang niat jakat pakatan Amerika dan sekutu-sekutunya?

Dapatkah buku "Perang Dunia Ke -3" dengan harga :
RM 16 (Semenanjung)
RM 18 (Sabah/Sarawak)

Saturday, December 4, 2010

Haura Harry

 

"Cuma satu sahaja pertanyaan yang sedikit kepastian daripada Haura. Masihkah ada ruang
di hati Haura buat Abang yang jauh ini?"

Orang kata cinta itu boleh mengubah seseorang. 
Benarkah? Tak percaya?

Harry mula hilang arah..
Haura, pasti ada sinar di depan sana..

Abang kamal, semuanya takkan beruabh ataupun mengubah apa-apa.

"Saya sudah mendapati jawapannnya. Sukar, tapi saya pasti."

Siapakah Haura dan siapakah Harry?
Apa cerita disebalik dua insan ini?

Dapatkan Haury Harry di kedai buku dengan harga:

RM 13.00    (Semenanjung)
RM 16.00 (Sabah/Serawak)

Thursday, December 2, 2010

Seperti Keju dan Coklat


Siapa sangka keju dan coklat dapat 'bersatu' dalam hidangan pisang? Begitulah kisah Aqil dan Raisya. Safiy Aqil yang pernah menghidap Sindrom Asperger menuntut di UTM. Dia suka memencilkan diri dan tidak bergaul dengan sesiapa. Siapa sangka, abang tirinya, Rafa'e belajar di tempat yang sama, dalam jurusan yang sama. Rafa'e bukan sahaja menabur fitnah terhadap Aqil di hadapan Raisya malah di hadapan ayah mereka, Dato' Hamdan sehingga Dato' Hamdan membenci Aqil sekeluarga. Pada semester ini, sudah tiga kali Aqil mengulang subjek yang sama. Pada semester ini juga, dia 'terpaksa' berkenalan dengan Raisya.

Raisya berjaya mengubah Aqil, dari seorang yang pendiam dan lokek senyuman, kini Raisya berjaya membuatkan Aqil menguntum senyuman. Aqil juga kembali bersemangat untuk menamatkan pengajiannya. Siapa sangka, hujan di tengah hari. Ada seseorang mengoyak lukisan AutoCad Raisya pada hari penilaian. Lukisan Aqil turut sama dikoyak. Angkara siapakah ini?

Aqil ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya kerana kehilangan handset, Aqil lewat menerima berita kematian ibunya. Aqil ditimpa kemalangan. Namun, kemalangan itu membongkar segala kejahatan Rafa'e dan ibunya. Raisya setia menemani dan memberikan sokongan moral kepada Aqil. Akhirnya keju (Aqil) dan coklat (Raisya) bersatu dalam perhubungan jarak jauh.

Harga RM16 (Semenanjung)
                RM19 (Sabah/Sarawak)

Wednesday, December 1, 2010

Like Father Like Son



"Tahun berapakah Tuhan kamu dilahirkan?"
tanya seorang ilmuan kafir.

"Allah tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan,"
jawab Abu Hanifah.

"Hmmm,masuk akal juga jika kamu kata Tuhan kamu itu tidak melahirkan dan tidak pula di lahirkan. Lalu pada tahun berapa dia mula wujud?"
tanya ilmuan kafir lagi.

"Dia wujud sebelum segala kewujudan ada,"
tegas Abu Hanifah.

"Boleh kamu berikan contoh yang kuat tentang hal ini?"
tanya ilmuan kafir itu.

"kamu tahu tentang kira-kira?"
Tanya Abu Hanifah pula.

"Ya, saya tahu."

"Angka berapa sebelum angka satu?"

"Tidak ada,"
jawab ilmuan kafir itu dengan pantas.

"Jadi, kamu sedia maklum bahawa tiada angka lain sebelum satu, kenapa pula kamu perlukan contoh bahawa kewujudan Allah itu tidak ada yang mendahuluinya?"
Tegas Abu Hanifah.

(Perdebatan Abu Hanifah dan Ilmuan Kafir)

Permulaan melihat buku ini disangkakan novel rupanya sebuah "Untaian Kisah Penuh Hikmah". Semua kisah yang dipaparkan di dalam buku ini ibarat 'minuman suam' yang dihirup ketika musim terkujuh. Ianya menghangatkan jiwa kita untuk sentiasa merenungi kehidupan dan mensyukuri betapa Allah S.W.T. itu Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Pemurah. Kisah-kisah ini juga ibarat oasis di sebuah gurun kehidupan yang gersang serta penuh liku. Banyak kisah keagamaan yang penuh hikmah serta bergizi untuk menyedarkan kita tentang makna kehidupan di bawah sedar kita. Tentu tidak ada seorang pun di antara kita yang tidak pernah menghadapi masalah dalam kehidupannya. Oleh itu, bacaan mudah dan padat berisi hikmah ini adalah sebuah inspirasi yang sesuai untuk menyuburkan jiwa dan minda kita agar lebih bijak mengharungi kehidupan.

Boleh dapatkan di kedai buku dengan harga : -

RM 19 (Semenanjung)
RM 21 (Sabah/Sarawak)

Tuesday, November 30, 2010

Krew Riching - Kawan Baru Saya


Anis dan rakan-rakan tersesat di dalam hutan, tetapi  disebabkan mereka comel, pembaca masih boleh tersenyum walaupun ini cerita budak-budak yang sesat di dalam hutan. Bagaimanakah pengembaraan mereka? Siapakah kawan baru saya?

Harga: RM 13.50 / RM 15.50

Andai Gerimis Berhenti


Hatinya sentiasa mahu tenang mengharungi cita cita dan cabaran berganda. Nur Aisya Binti Mohd Jamil mengharungi impian dengan ternakan ikan air tawarnya. Gadis Cekal yang mengalunkan cerita dengan pengertian maqam takwa, kasih sayang seorang anak dan kisah hatinya bersama cinta yang terus-terusan mendatang.

Musim-musim ciptaan Tuhan lantas berlalu dengan nyaman. Sehingga Tuhan mendatangkan cabaran dan akhirnya mencari diri. Cinta, cita-cita dan kasih di dalam kehidupannya dibawa agar segala ketenangan dan musim mendatang Tuhan ciptakan keajaiban. Gerimis tidak berhenti dan sentiasa mendatang sehari-hari.

Harga : Rm17.50 (semenanjung)
                RM 19.50 (Sabah/Sarawak)

Friday, November 26, 2010

Aku Pun Tahu (Antologi Cerpan)


Isi Kandungan :

1)  Memoir sebuah ikatan
2)  Aku dan Sesuatu

3)  Hati Seorang lelaki

4)  Skestsa Sebuah Cinta

5)  Dewa Cinta Zein

6)  Kain Cinta Putih

7)  Hati Seorang Lelaki (2)

8) Pudar Sri Primadona

9)  Sambal lada Ikan Keriang

10)  Aku Hanya Serangga

11)  Mahar Cinta Kota kaherah

12)  Aku Pun Tahu

13)  Dihumban Dari Awan


Sepupuku Suamiku

 

Larilah hingga Hujung Dunia,

Berenanglah hingga ke dasar lautan,

Terbanglah hingga ke langit ke tujuh,

Kalau sudah jodoh,pasti bersatu jua. 


Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinannya mereka hanya ingin mejaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu menghadapi hidup bahagia. Cinta disemai semakin hari semakin segar mewangi. Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah. Bagi Hisham pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang menganggu. Tidak goyah walaupun sedikit pun cinta buat isteri. Ketaksuban Cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukannya agar Hisyam kembali padanya. Makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta,andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga bergitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia dia akan terus berusaha. 

"Abang hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang itu. Nana harap Abang mengerti."

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diinginkan dan diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta. Andai kau tercipta untukku kita tetap akan bersatu walaupun terpisah seribu tahun.

 Harga senaskah : RM 19 (Semenanjung)
                                    RM 22 (Sabah/Sarawak)
 

Thursday, November 25, 2010

Bicara Pedusi

 

(Novel Hadiah Seorang Ustaz Yang Ziarah Ke Mesir)

Jati Diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri diburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ie namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya kebahagiaan hanya dikecapi dengan manuai sabar lantas itu jalan sufi itu yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di Negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan  cara hidupnya berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung  melalui dapat mengubati kerinduaan antara mereka dan segalanya dikongsikan bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah yang sejati.

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai daei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti sillaturahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagian hanya akan dikecapi dengan manual sabar lantas itu jalan sufi itu yang selalu dipilihnya.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.
"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana Ombak juga aku tahu bahawa Allah menyanyangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku.."

Atas kerana inilah, kisah ini mengambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. biarpun dimana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerag paing berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI. 

Harganya : LE 10

Surah Surah Rindu

 

Nurin Hannah, gadis yang dilimpahi kemewahan kasih sayang walaupun dia sering menjadi bahan usikan kerana perezaan wajah dan warna kulit dengan keluarganya. Sejak kecil ibu bapanya mengasuh dia dan adik beradiknya dengan didikan sempurna bagai bekalan dunia dan akhirat di samping menjadi muslimah sejati.

Ketika menuntut di universiti, pintu hatinya diketuk jejaka yang terkenal di universitinya. Teringatkan pesanan ibu menghalang dia berkasih ketika sedang belajar, Nurin Hannah akur dengan ingatan itu. Tetapu mampukah jiwa halus Nurin Hannah menahan gelodak hati yang meronta?

Persoalan mengenai status Nurin Hannah membuatkan gadis itu dalam dilemma. Benarkah dia hanya anak angkat Abdullah dan Hasinah? Nurin Hannah semakin kalut. Tetapi wajarkah dia melupakan kasih sayang yang dicurahkan ibu bapanya hanya kerana sepucuk surat? Siapakah dia sebenarnya? 

Surah-Surah RIndu ada jawapannya..

Harga senaskah :

RM24.00 (Semenanjung)
RM27.00 (Sabah/Sarawak)

Saturday, November 20, 2010

Menyeru Kepada Allah (Panduan Untuk Pendakwah Muda)

 

Buku ini untuk siapa?

1) Buku ini adalah untuk siapa sahaja yang mahu memahami prinsip asas seorang pendakwah yang efektif.

2) Buku ini adalah untuk anak muda yang baru melibatkan diri dalam usaha penyebaran dakwah Islam.

3) Buku ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang bersiap dan mempersiapkan diri sebagai penceramah dan pentazkirah kepada masyarakat.
4) Buku ini untuk memberi motivasi dan kefahaman kepada mereka yang merasa sukar untuk berdakwah.

5) Buku ini adalah sebagai penguat dan pemangkin bagi sesiapa sahaja yang masih kabur dalam membentuk kharisma asas seorang pendakwah yang mampan.

Boleh dapatkan di toko buku berhampiran dengan :

Harga : RM14.00 ( Semenanjung)
               RM 17.00 (Sabah/Serawak)

Burger Del (Sejak Tahun 2000)

 

"Abang, bagaimana ini? Gerai mereka lebih laku daripada kedai kita. " tanya Puan Jun tidak senang hati melihat barisan panjang di hadapan gerai mereka.

"Mereka itu guna bomoh agaknya. Biasalah," Encik Hisham cuba mempercayai benda karut.

"Ayah, tidak baik sekiranya kita buruk sangka pada orang, 
lagipun Nani tak percaya benda-benda mistik ni, karut lagi mengarut!" Nani cuba membantah.

Apa cerita sebenar berlaku dalam Novel "BURGER DEL" ?

Dapatkan.. 

RM 15 (Semenanjung)
RM 17 (Sabah/Sarawak)

Friday, November 19, 2010

Seunggu Lavender

 

Hanis bertanya dengan wajah keliru, "Lavender? Apa itu Lavendar?"

"Itu awak baru terpikat dengan warnanya. Belum lagi awak mencium baunya! Pasti awak akan jadi gila! Hahaha!" Nurul tertawa.

"Pohon lavendar ini hanya di negara empat musim, seperti England! Sekiranya awak mahu lihat sendiri pohon warna kegemaran awak itu, berlajarlah bersungguh-sungguh."

Kandungan dalam Novel ini :

Bab 1:  Kisah Ayah Semasa Kecil

Bab 2 : Ibu Sewaktu Kecil

Bab 3 : Kehilangan Berganti

Bab 4 : Bahasa Isyarat

Bab 5 :  Melentur rebung

Bab 6 : Perintah Berkurung
Bab 7 : Nyaris Tenggelam

Bab 8 : Kampus Indah Nian
Bab 9 : Si Hitam Manis

Bab 10 : Kejutan Histeria
Bab 11 : Tangkai Epal Merah
Bab 12 : Bumi Lavender

Harga Buku :
RM 17 (Semenanjung)
RM 20.00 (Sabah/Serawak)

Tuesday, November 16, 2010

Kuseru Nur Kasih

 

Ya Rabbi, Benarkah cinta sesama insan itu mensyaratkan fizikal. Kesempurnaan seorang Hawa. Kesempurnaan sifat mulia. Bagai khadijah di mata Rasulullah. Ibarat kasih sayang Fatimah Az-Zahra. Berikanlah aku pentunjuk-Mu. Suburkanlah jua cintaku pada-Mu. Abadilah kasih-Mu di jiwaku.

Yasmin gadis kampung yang teguh imannya ke bandar kerana cita-cita. Jiwanya yang sensitif dan merendahkan diri bagaikan ditiup dengan kata azimat apabila  Yusri Erdhan muncul. Amylea bekas tunangan Yuri hadir dan membuat onar. Namun, Tuhan lebih tahu apa yang baik untuk hamba-Nya.
Bagaimanakan Yasmin menghadapai kehidupannya di bandar Kuala Lumpur yang penuh onar? Bagaimana pula kisah Yusri dan Amylea yang bagai anjing dan kucing setelah tunangan terputus? Dapatkanlah novel ini di toko buku terdekat segera.

RM 26 (Semenanjung) / RM 29 ( Sabah/ Serawak)

Monday, November 8, 2010

Laskar Cinta


Rimba sempadan Thai-Myanmar mungkin seindah Kashmir, ibarat syurga yang tersembunyi, 'Kaw thoo lei'. Namun, syurga ini tidak pernah damai. Sengketa telah sekian lama menodai keamananya. Kaum karen terpaksa menjadi perlarian di bumi sendiri dan mereka sentiasa mendambakan kembali tanah air mereka.

Nadile, seorang gadis Malaysia yang patah hati kerana putus tunang telah membawa diri ke sempadan Tahi-Myanmar dan menjadi sukerelawan di sebuah kem pelarian kaum karen. Dia mengharapkan dapat menemui ketenangan, namun yang terzahir indah khabar dari rupa. Kerana pertelagahan dan dendam, Nadine menjadi mangsa culik kumpulan pengedar dadah.

Kim, seorang remaja kaum Karen yang tidak percayakan perang dapat menyelesaikan masalah. Dia berhasrat membantu kaumnya dengan cara lain, dan bercita-cita berhijrah ke Amerika melalui program penempatan semula pelarian. Namun, apabila permohonannya gagal, dia memberontak. Kim akhirnya menyertai rakan-rakannya menyertai kumpulan perjuang gerilla.

Setelah seorang rakan mereka dibunuh dengan kejam di hadapan mata, akhirnya mereka sedar identiti sebenar pejuang gerilla yang kim, dan rakan-rakannya sertai.
Bagai serigala berbulu kambing, atas nama perjuangan mereka mengangkat senjata!.

Harga buku : Rm 14 (semenanjung) Rm 16 ( Sabah/Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote