Tuesday, November 30, 2010

Krew Riching - Kawan Baru Saya


Anis dan rakan-rakan tersesat di dalam hutan, tetapi  disebabkan mereka comel, pembaca masih boleh tersenyum walaupun ini cerita budak-budak yang sesat di dalam hutan. Bagaimanakah pengembaraan mereka? Siapakah kawan baru saya?

Harga: RM 13.50 / RM 15.50

Andai Gerimis Berhenti


Hatinya sentiasa mahu tenang mengharungi cita cita dan cabaran berganda. Nur Aisya Binti Mohd Jamil mengharungi impian dengan ternakan ikan air tawarnya. Gadis Cekal yang mengalunkan cerita dengan pengertian maqam takwa, kasih sayang seorang anak dan kisah hatinya bersama cinta yang terus-terusan mendatang.

Musim-musim ciptaan Tuhan lantas berlalu dengan nyaman. Sehingga Tuhan mendatangkan cabaran dan akhirnya mencari diri. Cinta, cita-cita dan kasih di dalam kehidupannya dibawa agar segala ketenangan dan musim mendatang Tuhan ciptakan keajaiban. Gerimis tidak berhenti dan sentiasa mendatang sehari-hari.

Harga : Rm17.50 (semenanjung)
                RM 19.50 (Sabah/Sarawak)

Friday, November 26, 2010

Aku Pun Tahu (Antologi Cerpan)


Isi Kandungan :

1)  Memoir sebuah ikatan
2)  Aku dan Sesuatu

3)  Hati Seorang lelaki

4)  Skestsa Sebuah Cinta

5)  Dewa Cinta Zein

6)  Kain Cinta Putih

7)  Hati Seorang Lelaki (2)

8) Pudar Sri Primadona

9)  Sambal lada Ikan Keriang

10)  Aku Hanya Serangga

11)  Mahar Cinta Kota kaherah

12)  Aku Pun Tahu

13)  Dihumban Dari Awan


Sepupuku Suamiku

 

Larilah hingga Hujung Dunia,

Berenanglah hingga ke dasar lautan,

Terbanglah hingga ke langit ke tujuh,

Kalau sudah jodoh,pasti bersatu jua. 


Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinannya mereka hanya ingin mejaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu menghadapi hidup bahagia. Cinta disemai semakin hari semakin segar mewangi. Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah. Bagi Hisham pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang menganggu. Tidak goyah walaupun sedikit pun cinta buat isteri. Ketaksuban Cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukannya agar Hisyam kembali padanya. Makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta,andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga bergitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia dia akan terus berusaha. 

"Abang hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang itu. Nana harap Abang mengerti."

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diinginkan dan diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta. Andai kau tercipta untukku kita tetap akan bersatu walaupun terpisah seribu tahun.

 Harga senaskah : RM 19 (Semenanjung)
                                    RM 22 (Sabah/Sarawak)
 

Thursday, November 25, 2010

Bicara Pedusi

 

(Novel Hadiah Seorang Ustaz Yang Ziarah Ke Mesir)

Jati Diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri diburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ie namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya kebahagiaan hanya dikecapi dengan manuai sabar lantas itu jalan sufi itu yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di Negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan  cara hidupnya berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung  melalui dapat mengubati kerinduaan antara mereka dan segalanya dikongsikan bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah yang sejati.

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai daei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti sillaturahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagian hanya akan dikecapi dengan manual sabar lantas itu jalan sufi itu yang selalu dipilihnya.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.
"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana Ombak juga aku tahu bahawa Allah menyanyangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku.."

Atas kerana inilah, kisah ini mengambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. biarpun dimana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerag paing berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI. 

Harganya : LE 10

Surah Surah Rindu

 

Nurin Hannah, gadis yang dilimpahi kemewahan kasih sayang walaupun dia sering menjadi bahan usikan kerana perezaan wajah dan warna kulit dengan keluarganya. Sejak kecil ibu bapanya mengasuh dia dan adik beradiknya dengan didikan sempurna bagai bekalan dunia dan akhirat di samping menjadi muslimah sejati.

Ketika menuntut di universiti, pintu hatinya diketuk jejaka yang terkenal di universitinya. Teringatkan pesanan ibu menghalang dia berkasih ketika sedang belajar, Nurin Hannah akur dengan ingatan itu. Tetapu mampukah jiwa halus Nurin Hannah menahan gelodak hati yang meronta?

Persoalan mengenai status Nurin Hannah membuatkan gadis itu dalam dilemma. Benarkah dia hanya anak angkat Abdullah dan Hasinah? Nurin Hannah semakin kalut. Tetapi wajarkah dia melupakan kasih sayang yang dicurahkan ibu bapanya hanya kerana sepucuk surat? Siapakah dia sebenarnya? 

Surah-Surah RIndu ada jawapannya..

Harga senaskah :

RM24.00 (Semenanjung)
RM27.00 (Sabah/Sarawak)

Saturday, November 20, 2010

Menyeru Kepada Allah (Panduan Untuk Pendakwah Muda)

 

Buku ini untuk siapa?

1) Buku ini adalah untuk siapa sahaja yang mahu memahami prinsip asas seorang pendakwah yang efektif.

2) Buku ini adalah untuk anak muda yang baru melibatkan diri dalam usaha penyebaran dakwah Islam.

3) Buku ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang bersiap dan mempersiapkan diri sebagai penceramah dan pentazkirah kepada masyarakat.
4) Buku ini untuk memberi motivasi dan kefahaman kepada mereka yang merasa sukar untuk berdakwah.

5) Buku ini adalah sebagai penguat dan pemangkin bagi sesiapa sahaja yang masih kabur dalam membentuk kharisma asas seorang pendakwah yang mampan.

Boleh dapatkan di toko buku berhampiran dengan :

Harga : RM14.00 ( Semenanjung)
               RM 17.00 (Sabah/Serawak)

Burger Del (Sejak Tahun 2000)

 

"Abang, bagaimana ini? Gerai mereka lebih laku daripada kedai kita. " tanya Puan Jun tidak senang hati melihat barisan panjang di hadapan gerai mereka.

"Mereka itu guna bomoh agaknya. Biasalah," Encik Hisham cuba mempercayai benda karut.

"Ayah, tidak baik sekiranya kita buruk sangka pada orang, 
lagipun Nani tak percaya benda-benda mistik ni, karut lagi mengarut!" Nani cuba membantah.

Apa cerita sebenar berlaku dalam Novel "BURGER DEL" ?

Dapatkan.. 

RM 15 (Semenanjung)
RM 17 (Sabah/Sarawak)

Friday, November 19, 2010

Seunggu Lavender

 

Hanis bertanya dengan wajah keliru, "Lavender? Apa itu Lavendar?"

"Itu awak baru terpikat dengan warnanya. Belum lagi awak mencium baunya! Pasti awak akan jadi gila! Hahaha!" Nurul tertawa.

"Pohon lavendar ini hanya di negara empat musim, seperti England! Sekiranya awak mahu lihat sendiri pohon warna kegemaran awak itu, berlajarlah bersungguh-sungguh."

Kandungan dalam Novel ini :

Bab 1:  Kisah Ayah Semasa Kecil

Bab 2 : Ibu Sewaktu Kecil

Bab 3 : Kehilangan Berganti

Bab 4 : Bahasa Isyarat

Bab 5 :  Melentur rebung

Bab 6 : Perintah Berkurung
Bab 7 : Nyaris Tenggelam

Bab 8 : Kampus Indah Nian
Bab 9 : Si Hitam Manis

Bab 10 : Kejutan Histeria
Bab 11 : Tangkai Epal Merah
Bab 12 : Bumi Lavender

Harga Buku :
RM 17 (Semenanjung)
RM 20.00 (Sabah/Serawak)

Tuesday, November 16, 2010

Kuseru Nur Kasih

 

Ya Rabbi, Benarkah cinta sesama insan itu mensyaratkan fizikal. Kesempurnaan seorang Hawa. Kesempurnaan sifat mulia. Bagai khadijah di mata Rasulullah. Ibarat kasih sayang Fatimah Az-Zahra. Berikanlah aku pentunjuk-Mu. Suburkanlah jua cintaku pada-Mu. Abadilah kasih-Mu di jiwaku.

Yasmin gadis kampung yang teguh imannya ke bandar kerana cita-cita. Jiwanya yang sensitif dan merendahkan diri bagaikan ditiup dengan kata azimat apabila  Yusri Erdhan muncul. Amylea bekas tunangan Yuri hadir dan membuat onar. Namun, Tuhan lebih tahu apa yang baik untuk hamba-Nya.
Bagaimanakan Yasmin menghadapai kehidupannya di bandar Kuala Lumpur yang penuh onar? Bagaimana pula kisah Yusri dan Amylea yang bagai anjing dan kucing setelah tunangan terputus? Dapatkanlah novel ini di toko buku terdekat segera.

RM 26 (Semenanjung) / RM 29 ( Sabah/ Serawak)

Monday, November 8, 2010

Laskar Cinta


Rimba sempadan Thai-Myanmar mungkin seindah Kashmir, ibarat syurga yang tersembunyi, 'Kaw thoo lei'. Namun, syurga ini tidak pernah damai. Sengketa telah sekian lama menodai keamananya. Kaum karen terpaksa menjadi perlarian di bumi sendiri dan mereka sentiasa mendambakan kembali tanah air mereka.

Nadile, seorang gadis Malaysia yang patah hati kerana putus tunang telah membawa diri ke sempadan Tahi-Myanmar dan menjadi sukerelawan di sebuah kem pelarian kaum karen. Dia mengharapkan dapat menemui ketenangan, namun yang terzahir indah khabar dari rupa. Kerana pertelagahan dan dendam, Nadine menjadi mangsa culik kumpulan pengedar dadah.

Kim, seorang remaja kaum Karen yang tidak percayakan perang dapat menyelesaikan masalah. Dia berhasrat membantu kaumnya dengan cara lain, dan bercita-cita berhijrah ke Amerika melalui program penempatan semula pelarian. Namun, apabila permohonannya gagal, dia memberontak. Kim akhirnya menyertai rakan-rakannya menyertai kumpulan perjuang gerilla.

Setelah seorang rakan mereka dibunuh dengan kejam di hadapan mata, akhirnya mereka sedar identiti sebenar pejuang gerilla yang kim, dan rakan-rakannya sertai.
Bagai serigala berbulu kambing, atas nama perjuangan mereka mengangkat senjata!.

Harga buku : Rm 14 (semenanjung) Rm 16 ( Sabah/Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote