Tuesday, March 29, 2011

Antara Benci Dan Rindu

 

Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.

Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?

Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.

Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.
 
Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.
 
Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.


Harga Semenanjung RM19
 
Harga Sabah/Sarawak RM22

Monday, March 28, 2011

Akhirnya Kutemui

 

Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahan. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagiaan yang diimpikan, hatinya pasti dilukai?

Kegigihannya selama ini memang berbayar dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi di dalam kerjaya. Daripada seorang yang tak punya apa-apa, kepada seorang yang berpengaruh di MIH Holdings.

Namun, mengapa dia sering gagal di dalam percintaan? Di saat ada jiwa yang mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula yang tak punya rasa untuk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yang diminati, lain pula yang terjadi.

Gagal dan terus gagal yang mengundang tragis di dalam kehidupannya. Lalu, dia membawa hati jauh dari bumi tempat tumpah darahnya.

Namun begitu, janji Tuhan tidak pernah dimungkiri. Setiap titis air mata, setiap derita dan sengsara yang ditempuhinya pasti akan membawa kebahagiaan di penghujungnya.
 
Siapakah insan yang tulus menerimanya? Bilakah dan di manakah akan ditemui insan itu?

Semenanjung : RM 15.00
Sabah Dan Sarawak : RM 18.00


Sunday, March 27, 2011

Dingin Salju Indiana

 

Penceritaan berkisar kehidupan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara. Sejujurnya, kisah ini barangkali diolah daripada pengalaman penulis sendiri belajar di Indiana. Watak utama adalah Jannah yang dikelilingi sahabatnya Murni dan Nana. Bagaimana mereka berubah wajah, terutamanya Jannah yang tersepit di antara kasih sayang terhadap seorang sahabat, Murni yang memiliki pendidikan agama melebihi Jannah sendiri namun berubah arah. Bagaimana Nana yang hidupnya agak mewah dan sosial, memperbaik agama di dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Membacanya menyegarkan ingatan saya kepada kehidupan saya semasa mrlanjutkan pelajaran di IPTS dahulu. Benarlah hidup ini penuh warna warni dan cabaran yang mendatang agak hebat, menyebabkan kadang-kala ada yang tersungkur. Walaupun begitu, ada juga yang berubah menjadi jauh lebih baik dari dahulu. Pokok utamanya, sejauh manakah kekentalan hati kita, iman dan hidayah dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba.

Novel ini mampu memberi gambaran kepada mereka yang baru hendak bertatih mengenali dunia luar tentang cabaran yang perlu dihadapi. Barangkali, tidak terlalu ekstrem kalau saya mencadangkan buku ini untuk dibaca oleh mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Novel ini bukanlah sempurna 100%. Saya merasakan cerita Murni agak drastik pengakhirannya, mungkin perlu untuk ditunjukkan kisah keinsafan Murni.
 
 

Wednesday, March 23, 2011

Tahajud Cinta

 

Novel yang mengisahkan seorang pemuda yang terpaksa menangguhkan pengajiannya di universiti dek kerana kemiskinan yang di alami.Watak yang di beri nama Fatih itu juga terpaksa bekerja bagi menyara 2 orang lagi adiknya yang sedang belajar di pesantren.

Fatih,seorang pemuda yang taat kepada suruhan ALLAH SWT tidak pernah meninggalkan solat malam iaitu solat tahajud sesuai dengan namanya yang mengingatkan kita kepada ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh,pembuka kota Konstantinople yang kemudian di beri nama Islambul tetapi lebih popular dengan nama barunya iaitu Istanbul.Sultan Muhammad Al-fateh seorang raja yang juga seorang ketua turus angkatan perang tetapi itu semua tidak menghalang beliau untuk mengerjakan solat tahajud setiap malam semenjak akil balighnya.

Fatih,pemuda yang sering kali menjaga pandangannya daripada melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya hasil dari istiqamahnya menjaga solat tahajud.Itulah pentingnya solat malam,selain dapat berdua-duaan dengan Rabb tetapi pada waktu yang sama mendidik hati agar takut kepada ALLAH SWT.

Sebagai pemuda yang baik,soleh dan suka menolong orang lain walaupun nyawa menjadi taruhan,Fatih di datangi oleh cinta 3 wanita.Cik Lychen Chee,anak gadis berketurunan Cina yang mana ayahnya Kristian dan ibunya Islam. Nur Arafah,gadis muda yang memiliki sebuah restoran kedai makan.Cik Nisa,gadis yang sama-sama ke majlis pengajian eksekutif bersama Fatih.

Antara 3 orang gadis ini yang manakah berjaya mengugat hati lembut seorang pemuda tahajjud malam.

Saturday, March 19, 2011

Mencari Jalan Ke Syurga

 

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza. 

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
 
Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka.  Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan. 

Harga Semenanjung :    RM19.00

Harga Sabah/Sarawak :  RM22.00

Friday, March 18, 2011

Rabiatul Adawiyah


Kisah Rabiatul Adawiyah sejak beliau lahir sehingga beliau meninggal dunia. Rabiatul Adawiyah anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat. Walaupun mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, ayahnya tetap dengan keputusannya.

Kisahnya bermula sebelum kelahirannya lagi. Ayahnya Rabiatul adalah seorang yang baik akhlak dan elok ilmu agamanya. Semasa dia masih kecil kedua-dua ibu bapanya meninggal dan tinggallah dia dengan kakak-kakaknya. Kemudiannya ujian Tuhan datang lagi, dia diculik dan menjadi hamba pada satu keluarga kaya. Daripada situlah perjalanan spiritual Rabiatul berkembang sehinggalah beliau diiktiraf sebagai wali.

Harga buku : RM 24 (semenanjung) Rm 27 (Sabah/ Sarawak)

Monday, March 14, 2011

Penulis Yang Disayangi Tuhan

 

Ada seorang penulis yang putus asa, seorang pelajar 10 tahun yang taat kepada bapa, seorang gadis yang berada di hujung usia, tiga pendatang tanpa izin yang hidupnya disalut kecewa dan lima bekas penulis yang penuh rahsia.

Siapa penulis yang disayang Tuhan? Namun kisah ini  lebih daripada sekadar itu....

Harga : RM 18.50 (Semenanjung) dan RM 20.50 (Sabah dan Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote