Friday, April 29, 2011

Pilihan Mama

 

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.

Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. 
 
Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji  yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?
 
Harga : RM18 (semenanjung) dan RM21 (sabah dan sarawak)

Monday, April 25, 2011

Projek Fesyen Bersama Lily Haslina Nasir

 

Projek Fesyen...

Misi Nur Haness bagi menukar penampilan:
  • Menggayakan pelbagai fesyen remaja gaya muslimah.
  • Mencuba pelbagai fesyen ikatan tudung daripada baju nampak mahal.
  • Mempelajari cara mudah dan murah menjadikan baju nampak mahal.
  • Mencari aksesori pelengkap gaya yang sedap dipandang mata.

Mengisahkan watak utama, Nur Haness yang mahu tampil dengan penampilan gaya muslimah sempena Minggu Keseniaan dan kebudayaan Islam di Sekolah Sri Bangsar. Nur Haness menjadikan blog penulis pujaannya, Ain Maisarah bagi menjalankan eksperimen dalam berfesyen gaya Muslimah bagi merebut hadiah utama pertandingan, berupa tiket penerbangan ke Dubai sempena Minggu Fesyen Islam.

Harga: RM 19.00 (Semenanjung) / RM 21.00 (Sabah dan Sarawak)

Wednesday, April 20, 2011

Kumpulan Cerpen Di Ufuk Fajar

 

Manifestasi cinta yang hakiki. Di Ufuk Fajar melestarikan pengabdian cinta, kepada Yang Khaliq, kepada insan, kepada watan. Istiqamah dalam amanah kehidupan, dalam setiap muhasabah mencari erti cinta yang qanaah. Menelusuri setiap liku kehidupan dengan semangat jitu membangunkan kejayaan. Di Ufuk Fajar, sebuah catatan panjang mengenai kehidupan yang jujur, kehidupan yang sakit dan kehidupan yang sejahtera, dalam diri manusia.

Harga: RM 22 (Semenanjung) / RM 25 (Sabah dan Sarawak)

Saturday, April 16, 2011

Ti3a Hati

 
 
Kata Arina, "Saya serik bercinta-cinta. Saya mahu berikan tumpuan kepada kerjaya."

Tekad Maya, si gadis extra sopan, "Saya tidak akan biarkan diri ini dibuli lelaki lagi. Saya mahu mantapkan kerjaya saya."

Azam Wardah pula, "Sekarang bukan masanya mahu bersedih kerana belum ada jodoh. Saya mahu tingkatkan keupayaan diri, barulah nanti boleh memikat hati bakal-bakal ibu mentua."

Mereka berkongsi azam yang sama iaitu, mahu berjaya dan menjadi muslimah yang terhormat.

Namun, pasti ada cabaran yang menanti... dan mampukah mereka atasi?
 
Harga : RM  18.50 (Semenanjung) RM 20.50 (Sabah dan Sarawak)

Thursday, April 14, 2011

Cinta 3 Suku

 

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Harga : Rm 17.90

Monday, April 11, 2011

BUDAK PSIKIK (Gusti Ayu Ratnasari)

 

Zwart Hagala tidak pernah putus asa dalam misi menghancurkan Aizad. Kali ini Zwart Hagala memaksa Aizad ke Indonesia bagi menghadiri perkahwinan Gusti Ayu Ratnasari, gadis yang berjaya menawan hati Aizad. Perkahwinan yang dirancang itu sedikit sebanyak membuat Aizad kecewa.

Ibu bapa Gusti Ayu Ratnasari begitu mengagumi bakal suami Gusti Ayu, Hasjmy. Sebarang kata-kata buruk yang dilemparkan pada Hasjmy akan disanggah. Pada mereka Hasjmy sangat layak mengahwini anak mereka.

Tetapi ada sesuatu berkenaan Hasjmy yang menyebabkan Gusti Ayu dalam bahaya.
Siapakah Hasjmy? Adakah perkahwinan itu berlangsung dengan meriah?

Harga: RM 13.00 / RM 15.00

Tuesday, April 5, 2011

Tok Janggut

 

Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun. Setahun sebelum itu, pada tahun 1909, berlakunya perjanjian Inggeris-Siam yang menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris, manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah kuasa Siam. Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatah lagi apabila Inggeris membuat perubahan yang bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam. 
 
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. 
 
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai, akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.

Harga : RM20 (semenanjung) RM23 (sabah dan sarawak)

Pendekar Siamang Gagap

 
1872  - Yamtuan Antah menaiki takhta dengan sokongan Datuk Siamang Gagap, Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana. Namun pelantikan itu mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal. Inggeris mula memainkan peranan dan sengketa bermula.... Tengku Ahmad dengan hasutan-hasutan Inggeris dan bantuan Undang Luak Sungai Ujung, mula melancarkan perang ke atas Sri Menanti. Datuk Siamang Gagap dengan perikatannya bertahan. Selepas beberapa siri pertempuran, Datuk Siamang Gagap bertahan di Bukit Putus. Kedua-dua belah pihak punyai kelebihan, punyai pendekar yang bukan calang-calang dan punyai semangat yang menjulang. Lalu siapa yang alah dan siapa yang menang? *** 
 
Menurut ceritanya, suatu ketika dahulu memang wujud seekor siamang yang gagap apabila berbunyi. Penduduk kampung di Seri Menanti menganggap siamang itu 'keramat' kerana menjadi pelindung kepada penduduk kampung. Apabila ada musuh datang menyerang, maka 'Siamang Gagap' itu akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya mereka bersiap sedia. Apabila Siamang Gagap itu mati, penduduk kampung seperti kehilangan pelindung dan mereka tidak lupakan jasa haiwan itu. Menurut sejarahnya, ada seorang lelaki mendapat gelaran 'Siamang Gagap' kerana jasanya menyelamatkan Seri Menanti daripada angkara musuh. Lelaki itu bernama Kahar bin Haji Mukmin. Sejak dia mendapat gelaran itu, beliau dikenali dengan nama Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang gagap.
 
Harga  : RM 20 (semenanjung) RM 23 (Sabah dan Sarawak)

Demi Duha

 

Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang pemungut barang terbuang yang bernama Hamdal. Meskipun miskin, Hamdal tidak pernah mengeluh termasuklah ketika dia dan keluarganya dianiaya sehingga dia dihukum penjara. Rahsia ketenangan Hamdal yang dikagumi watak lain seperti Ilham dan Tuan Saleh terletak pada kesungguhannya menjaga solat duha saban hari.

Saturday, April 2, 2011

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh

\

"Apa yang menarik perihal buku ini adalah penulis bukan sekadar mengemukakan fakta-fakta sejarah perihal Sultan Muhammad yang jarang diketahui umum. Lebih daripada itu, penulis berjaya menganalisa dan mengeluarkan pengajaran praktikal bagi diamalkan pembaca. Pembaca merasakan mereka mampu menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa. Mungkin ada peristiwa yang tidak diceritakan dalam novel saya, diceritakan di dalam buku ini. Semuanya hasil kajian beliau yang mendalam. Buku ini adalah pelengkap serta mampu memberikan jawapan kepada anda." - Kata pengantar daripada Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia-
 
Harga: RM 19.00 / RM 21.00

Ku Dambakan Cintamu Rasulullah

 

"Tak kenal maka tak cinta," Pepatah Melayu sudah lama menyebut demikian. 

Allah menyebut, "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi." (surah al-Ahzab: 45-46)

Ayat ini dimulakan dengan bentuk kemuliaan daripada Allah. Dia menyeru Muhammad bin Abdullah dengan panggilan 'Nabi,' dengan tugas, dengan pangkat kenabian, pangkat yang tidak boleh dicari sendiri di atas dunia ini seperti pangkat dan kebesaran lain. 

Sekiranya ada seorang raja yang hebat, baginda akan menghantar utusan yang hebat, Begitu juga Allah, raja bagi segala raja, pastinya Dia mengutus utusan yang terbaik di kalangan hamba-Nya. Beliau mengutuskan Muhammad, manusia yang paling baik dan mulia di kalangan manusia.

Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, adalah himpunan yang khusus mengenai Nabi Muhammad dengan olahan tersendiri. Ia bagi menarik perhatian pembaca khususnya generasi muda supaya mengenali Nabinya, mengetahui latar belakangnya, melahirkan rasa cinta sekaligus menurut jejak langkahnya. Dengan cinta kepada Nabi Muhammad, cintanya tersusun dan terarah. Mungkin cinta umatnya kini terpisah antara alam dunia dan alam akhirat, namun cintanya akan mempertemukan dengan Nabinya, kekasihnya di akhirat kelak.

Harga : RM 16 (Semenanjung) RM 18 (Sabah dan Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote