Saturday, May 21, 2011

Si Blogger Kampung

 

Ia bermula dengan peristiwa Haeqal berpindah ke kampung Pokok Mangga. Ia berpunca daripada ayahnya yang berpindah tempat kerja ke Melaka. Pokok Mangga merupakan kampung yang pernah terkenal dengan deretan pokok mangga sepanjang jalan serta menjadi tumpuan mendapat buah-buahan yang menjadi tarikan orang ramai. Ini juga menjadi sebab perusahaan kampung lain hidup mewah kesan daripada keunikan kampung ini. Namun, disebabkan pembangunan kampung ini hanya tinggal nama sahaja. Kesan daripada situasi ini, kampung ini menjadi terpinggir, penduduk kampung yang sudah biasa dengan perusahaan kampung melalui keadaan getir mencari rezeki. Salah seorang daripada mereka adalah Puan Jamilah, pembuat tikar mengkuang. 

Dia terus memaksa diri membuat tikar dan menjualnya setiap hari meskipun tidak laris. Beliau berniaga dengan bantuan dua orang anak kembarnya iaitu Asyraf dan Juwaini. Haeqal sedar akan keadaan ini percaya, jika mereka diajar memasarkan produk di internet, keadaan akan berubah. Bukan sekadar kehidupan Puan Jamilah, malah kehidupan orang kampung lain yang berniaga. Bermulalah peristiwa perubahan kampung yang mati menjadi kampung yang hidup di dunia internet.

Harga : RM 14.00 (Semenanjung) dan RM 16.00 (Sabah dan Sarawak)

Monday, May 16, 2011

Sebongkah Batu Di Kuala Berang

 

Kisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam. Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi. Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir. Dalam tuntutan-tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka.
 
Harga : Rm 16.50 dan RM 18.50 Sabah/Sawarak

Thursday, May 12, 2011

Istana Airi

 

Mantap.. Penulis Haliban mempertaruhkan novel keduanya selepas novel pertamanya 
"Patrican VS Aurora"

“Pernah tak awak terfikir kenapa awak perlu tinggal di istana?”  
Jawapannya : Sebab itu hukuman kerana menyamar sebagai Tengku Syifa’ul Asrar. 

“Pernah tak awak terfikir kenapa awak kena berlatih menjadi seorang puteri, belajar sejarah Zamora, tahu salasilah keturunan saya, dibiasakan dengan kehidupan dan urusan istana?” 

Jawapannya : Sebab dia telah diangkat sebagai cucunda kepada bonda raja. 


“Pernah tak awak terfikir kenapa saya bersungguh-sungguh pujuk ayahanda, bonda dan nenda supaya memaafkan awak?” 

Jawapannya : Pemuda itukah yang memujuk mereka semua? Dia tidak tahu-menahu tentang hal itu. 

“ Kenapa saya boleh turun ke Lotus untuk pastikan awak kembali ke Zamora?” 

Jawapannya : Sebab aku belum terima hukuman. Tentulah pemuda itu berusaha agar dia tidak terlepas.

Dan dia juga mempunyai soalan.
Soalannya : Kenapa pemuda itu bertanya soalan-soalan itu?
 
Harga dipasaran : RM 15.30 sahaja 
 
Penulis boleh di lawati di :  

Monday, May 2, 2011

566 Hari Mencari Cinta

 

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.
 
Harga :  Rm 18 Semenanjung dan RM21 Sabah dan Sarawak

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote