Thursday, June 30, 2011

Sesuci Kasih Seorang Isteri

 

Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?

Isha,

Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.

Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?
 
"Novel harus baca kepada semua. Ul@t buku yang menulis meletakkan buku ini kerana penulis berjaya mengalirkan kasih sayang pada seorang isteri kepada suami yang dinikahinya ibarat memperjudikan dirinya.. Tapi dengan yakinnya dia mampu hadapi dugaan gelora rumah tangga dengn sabar.."

Ops! Pintu Hatiku

 

Eika dan Hakimi merupakan rakan sekelas yang pantang berjumpa. Jika bersua, mereka pasti akan bertekak kerana berpunca daripada kisah silam Hakimi yang tidak disenangi oleh Eika. Timbul keinginan di hati Hakimi untuk memancing hati Eika kerana Hakimi tertarik dengan sikap dan layanan Eika terhadapnya yang tidak seperti rakan-rakan yang lain. Juga kerana rasa tercabar kerana tidak dipedulikan oleh Eika.

Dalam masa yang sama, Eika sering menerima surat misteri daripada PSH yang mengaku menyintai dirinya. Walhal Eika langsung tidak mengenali siapakan PSH itu.  

Kewujudan Shahirul Hazami sebagai pasangan kembar Hakimi mengundang salah faham di antara Eika dan Sheila berikutan persamaan pada wajah kedua-dua kembar tersebut. Namun pasangan kembar tersebut masih merahsiakan identiti sebenar. Hakimi hanya memperkenalkan Shahirul Hazami sebagai abangnya sahaja dan bukan sebagai kembarnya. Buat pertama kalinya Eika menerima Hakimi sebagai sahabat.

Selepas lima tahun mereka dipertemukan kembali. Pertemuan ini menyemarakkan lagi perasaan masing-masing sehingga akhirnya mereka jatuh cinta. Namun, kehadiran Tengku Anis akhirnya berjaya merobohkan benteng kepercayaan Eika terhadap Hakimi. Dengan bantuan seseorang, Tengku Anis merancang untuk menghapuskan Eika agar Eika tidak lagi menjadi penghalang kepada cintanya terhadap Hakimi. Malangnya, rancangan yang diatur oleh Tengku Anis tidak berjalan dengan lancar kerana rancangannya untuk menghapuskan Eika telah membuatkan Hakimi hilang ingatan. Perasaan dendam Tengku Anis bertambah kuat apabila cinta Hakimi kepada Eika terus wujud meskipun telah kehilangan ingatan.

Cinta Eika dan Hakimi bertambah mekar. Namun keintiman tersebut membawa keresahan kepada keluarga Eika. Kemunculan Dato’ Zaiful Anuar dan Datin Alleeya memaksa mereka untuk membongkar rahsia identiti Eika yang telah tersimpan sekian lama.

Dapatkah Eika menerima identiti sebenarnya? Bagaimana pula dengan Tengku Anis? Dapatkah dia memiliki hati Hakimi? Siapa sebenarnya PSH itu?
 
Harga : RM 18.00 (Semenanjung) dan RM 21.00 (Sabah dan Sarawak)

Friday, June 17, 2011

Kau Milikku

 

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?
 
Harga : RM23.00 (Semenanjung) dan RM26.00 (Sabah dan sarawak)

Friday, June 10, 2011

Diari Mat Despatch (Hati Emak)

 

Tuan Bahruddin Bekri kembali dengan Diari Mat Despatchnya.. Kali ini berkaitan dengan hati emak.. 

Pesanannya :

Jangan baca diari ini kerana diari ini sangat sedih. Nanti anda akan menangis teresak-esak. Bagaimana sekiranya anda menangis teresak-esak di hadapan di dalam kedai buku? Mesti malu. Jadi janganlah baca.

Harga : RM 9.90 (Semenanjung) dan RM 10.90 (Sabah dan Sarawak)

Wednesday, June 8, 2011

Sekiranya Aku Menjadi Novelis

 

Semangatnya tidak pernah pudar walaupun sebelum ini idea yang dinantikan tidak kunjung tiba. Namun, sekali sahaja dia mengetik membina ayat, bagai air mengalir deras tidak mahu berhenti.

Benar kata Serina Sahlan, menulislah dengan penuh semangat dan ketulusan. Paling penting jangan menyerah kalah andai menemui kegagalan dan ketandusan idea. Seorang penulis perlu menentang cabaran itu.

Hati Aida berbunga riang. Kegembiraannya bagai sekawan kupu-kupu terbang di taman bunga. Riak wajahnya tidak pernah lekang daripada senyuman. Masakan tidak, debaran terus bertamu menunggu detik penerbitan novel akan tiba.
 
Harga : RM 17.90 (Semenanjung)  dan RM 19.90 (Sabah dan Sarawak)

Thursday, June 2, 2011

Kuntum CInta Di Taman Syurga

 

Ingat sahaja namanya, Fidae'i Al Humaidi. Seorang lelaki yang teguh hatinya. Sudah ditakdirkan Tuhan dia berada di kampus yang kelam sinar Islamnya, dikuasai golongan yang cuai dalam beragama. Dia mengerti kewajibannya membawa Islam kembali pada tempatnya. Namun dia juga sangat mengerti, ini bukan kerja sendiri-sendiri dan bersama-sama Abdillah mereka bersepakat. Amir Hamizan pun tiba menghulurkan tangan. Akhirnya Harliana, ikut mahu menawarkan keikhlasan. Bukanlah perjuangan tanpa adanya cabaran. Pada saat mereka mara ke lorong yang gelap, sudah ada fitnah yang sedia menanti di sebalik selekoh dan mereka pun jatuh. Mampukah mereka bangkit dan bagaimana mereka mahu bangkit? Kepada Allah jugalah mereka memohon harap.

Harga  : RM 17.00 (Semenanjung) dan RM 19.00 (Sabah dan Sarawak)

Cinta Di Hujung Sejadah

 

DIA BERSYUKUR. Allah mengabulkan doanya. Mengizinkan dia menjejaki tanah suci. Dan begitulah juga dengan perjalanan-perjalanan lain ketika menyusuri jejak nabi, seperti di Masjidil Haram. Ketika melihat Kaabah, bangunan hitam persegi yang wangi dan memancarkan wibawa itu, air matanya tidak berhenti mengalir.

Namanya Makky Matahari Muhammad dan Cinta menyimpan nama itu dengan baik di kepalanya. Bukan kerana salam yang diucapkan lelaki itu kali pertama mereka bertemu. Akan tetapi kerana kehadirannya membawa pelangi dalam hidup Cinta.

Belasan tahun hidup sebagai anak yatim, Cinta langsung tidak pernah melihat wajah ibu kandungnya. Ayahnya melenyapkan setiap jejak wanita yang Cinta kasihi itu dengan sempurna. Tatkala ayahnya menikah dengan Mama Alia dan membawa dua saudara tiri tinggal bersama, Cinta semakin tersisih. 


Harga : RM 18.00 (Semenanjung) RM 20.00 (Sabah dan Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote