Wednesday, July 27, 2011

Kasih Terpilih

 

Misali tidak terfikir ada 'Muhajirin? yang akan mendamba kasihnya ketika dia sudah dia ambang jalinan ikatan suci dengan jejaka pilihan. Dua jejaka mengharap pada kasih yang satu, dua 'Ansar' berdepan dengan seorang 'Muhajirin'. Kasih siapakah yang 'Terpilih'?

Harga : RM 17.00

Saturday, July 23, 2011

Yang Tak Terluah



Manisah tiada pilihan. Menolak, bererti keluar dari rumah, tempat berteduh, dia Dan ibunya Munah. Menerima bererti seumur hidup menjaga suami yang tidak lagi sempurna.

Munah melarang. Tidak sanggup melihat Manisah dijadikan korban. Namun tanpa pengetahuan Munah, Manisah menerima syarat yang diberi, menjadi isteri kepada Mahdi yang kudung tangan dan kaki. Menjaga Mahdi bagaikan menjaga searing bayi. Sifat yang diwarisi menjadikan Manisah reda dan mudah mengasihi suami. Tetapi tak lama.. Takdir telah membawa ibunya Dan Mahdi pergi dalam satu tragedi yang menyanyat hati.

Hidupnya terumbang-ambing kembali. Apakah japan cerita kisah hidupnya?

Harga senaskah : RM 17/RM 20.00

Thursday, July 21, 2011

Dan Bidadari Pun Mencintaimu

 

Novel ini mengisahkan kehidupan Abdurrachman Ghozali yang hidup dalam penyesalan disebabkan sejarah hitam masa lalunya. Meski sudah jauh berubah dan menjadi pujaan ramai gadis di sekeliling hidupnya, Ghozali tetap tidak dapat membuka hatinya kepada cinta yang baru. Dia bertaubat bersungguh-sungguh sehingga menepis cinta daripada anak seorang tokoh agama di kampung tempat dia menetap.
 
Dan bidadari pun mencintaimu mengajar kita memberi dan menerima cinta kepada seorang makhluk yakni dengan tidak sewenang wenangnya bahkan mendahulu cinta suci kita kepada yang maha Esa sebelum berani melabuhkan cinta kepada selain Allah dan Rasul..
Harga senaskah :RM 19.00 (Semenanjung Malaysia) RM 21.00 (Sabah dan Sarawak)


Wednesday, July 20, 2011

Kupinang Bidadari di Bumi Kashmir

 

Salim seorang pemuda desa yang cacat. Hidupnya penuh penderitaan tak terperi, sehingga suatu saat cahaya iman dan pencerahan iman datang kepadanya, mengubah Salim dari seorang yang rendah diri dan putus asa menjadi Salim yang bercita-cita mulia.

Setik demi deti, dilalui dan tahap demi tahap ditempuhinya dengan penuh ketekunan dan kesabaran. Tiada lagi penghalang baginya untuk dapat membuka cakrawala Islam dan ketinggiannya. Di dadanya kini membuncah sejuta harapan dan keinginan untuk bisa menunaikan kewajipan mulia dalam Islam. JIHAD FI SABILILLAH. Allah mendengar doa dan pinta Salim, hingga kakiknya dapat juga menjejak di bumi KASHMIR.Di sana pula, Salim akhirnya meminang bidadari.

Harga :RM 15.00

Tuesday, July 12, 2011

Qaseh Puteri

 

Buku kedua dalam trilogi 'Qaseh Puteri' ini mengisahkan, bagaimana Tuan Besar Keramat Antonio Arantez mengusir Qaseh Puteri ke Goa bagi menutup segala dosa dan onarnya. Tetapi malang, Flor de La Mar yang dinaikinya dihalang dan dibedil oleh sebuah lancang kepunyaan Acheh. Di sudut lain selepas Panglima Hitam meninggal dunia, Panglima Muda Tun Mahmud dilantik sebagai ketua baru dalam 'Angkatan Singa Laut' bagi menggempur Portugis. 
 
Demi persahabatan, Mother Rosalia dan Nyi Gede bersama dengan sebuahghali Portugis yang diketuai oleh Kapten Delgado, pergi menyiasat di tempat kejadian tanpa persetujuan Simao de Mello. Namun kelibat 'puteri junjungan' tidak berhasil dijumpai. Mungkinkah Qaseh Puteri sudah terkorban dalam pertempuran itu?
 
Harga : RM 17.00 (Semenanjung) dan RM19.00 (Sabah dan sarawak)

Tuesday, July 5, 2011

Bukan Cinta Monyet

 

Kamal Ilham hadir ke dalam hidup Nurul Suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang hanya Kamal Ilham seorang sahaja yang tahu. Hadirnya sebagai anak angkat kepada umi telah membawa sinar bahagia kepada mereka dua beranak.

Lapan tahun Kamal Ilham dan Nurul Suhana terpisah apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air, Nurul Suhana yang baru menginjak ke usia tujuh belas tahun mula terusik dengan ketampanan Kamal Ilham. Hati remajanya mula berbunga cinta. Namun, kawan baiknya (Anita) mengingatkannya bahawa perasaan yang sedang memekar di dalam hatinya itu tak ubah seperti cinta monyet. Nurul Suhana pula yakin cintanya itu bukanlah cinta monyet.

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul Suhana yang menaruh harapan terhadap Kamal Ilham.

Walaupun kedudukan Nurul Suhana agak istimewa di hati Kamal Ilham, dia yakin sayangnya pada Nurul Suhana persis sayang seorang abang kepada adik sahaja. Dia memilih untuk menyedarkan Nurul Suhana dari lena yang indah dengan menyunting Annetalia sebagai tunangnya.
Kecewa dengan pertunangan Kamal Ilham dan Annetalia, Nurul Suhana bertindak menjauhkan diri daripada Kamal Ilham. Tambahan pula dengan kejadian malang yang telah mencacatkan sebahagian tubuhnya. Nurul Suhana tenggelam di lautan kesedihannya yang tidak bertepi.

Mendung tidak selamanya memayungi hidup Nurul Suhana. Alvin hadir menceriakan hari-harinya. Semakin lama hubungan mereka berdua semakin rapat dan mesra. Ini telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Kamal Ilham.

Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?
 
Harga : RM 19.00 (Semenanjung) dan RM 22.00 (Sabah dan sarawak)

Friday, July 1, 2011

Hijab Cinta

 

Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika rela menerima jodoh yang hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat kebahagiaan?

Beginilah gambaran perkahwinan Nur Aisya Sufiah yang penuh dengan kemelut jiwa bagi mencari kebahagiaan. Dia cuba menerima Zakri sebagai suami. Walaupun tiada lafaz cinta yang terungkap di bibir Zakri, tetapi tiada pula hamburan caci nista. Aisya cuba menidakkan kerana keteguhan cintanya kepada Tuhan yang Esa. Pergolakan jiwa Aisyah terus bergelombang apabila Nadia hadir menyemai kembali benih cinta bersama Zakri. Masih adakah kasih sayang Aisya bagi suaminya selepas hatinya dihiris bagai sembilu walaupun ketika itu Zakri hampir membuka hijab cinta dalam dirinya.

Harga: RM 21.50 / RM 24.50

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote