Thursday, August 25, 2011

Aku, Dia dan Gaun Pengantin


"Selamat pagi Cikgu Zaza!" Wah, bahagianya menjadi cikgu!
Tetapi yang tidak seronoknya apabila murid-murid juga pandai mengkritik!Mengapa muka cikgu nampak bulat seperti glob di sudut geografi?

Kisah Zaza dilamar oleh Fariz heboh di sekolah. Musuh tradisi Zaza, Maliz dan Asyikin berasap kepala mendengar khabar itu. "Zaza tidak sesuai untuk Fariz! Gadis gempal tidak boleh bersama jejaka terhangat." Itu kata Maliz dan Asyikin. Zaza semakin berserabut, namun sempat berangan-angan.

Mahu gaun pengantin beropol-ropol ataupun yang kainnya berekor panjang seperti duyung? Oh, mahu berbaju kurung songket bunga tabur sahaja atau memakai gaun? Tetapi badan perlu kurus dahulu! Oh, peningnya!

Bertambah ribut apabila Maliz dan Asyikin 24 jam sehari dan 7 hari seminggu mengekorinya. Ada-ada sahaja dua sahabat ini merancang misi sulit. Haih!

Harga : RM 15.50 (Semenanjung ) / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)

Monday, August 15, 2011

Abu Ubadah Penakluk Parsi

 

 Kisah sahabat Nabi yang berjaya menakluki Parsi. Novel ini mengisahkan Kisah Abu Ubaidah sejak belaiu kecil dan sehinggalah beliau diangkat menjadi antara panglima Islam yang tersohor.

Harga RM 15.00/ Rm 17.00

Monday, August 8, 2011

Tariq Penakluk Andalusia

 

Kisah panglima Islam yang berjaya menyeberang ke Andulisia sehingga selat itu digelar, selat Jabal Tariq atau selat Gibratal. Beliau adalah panglima yang berjuang demi Islam dan novel ini berkisah berkenaan beliau sejak dari kecil sampai beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Harga : RM 14 (semenanjung) dan Rm16 (sabah dan sarawak)


Saturday, August 6, 2011

Hulugu Khan (Khabar Hitam Dari Timur)

 

Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah. Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk Mesir.

 
Kisah cucu Genghis Khan mengisahkan bagaimana dia berjuang sejak kecil bagi menjadi gagah seperti datuknya dan seterusnya bagaimana dia dengan ganas menghancurkan Kota Baghdad, iaitu kejayaannya yang paling besar dan terbilang.
 
Harga : RM 14.00 (Semenanjung) Rm 16.00 (sabah dan sarawak)


Wednesday, August 3, 2011

Ada Cinta


Bermula dengan sebuah tragedi, sebuah kisah cinta tercipta. Dalam marah dan benci, ikatan yang terjalin menambah sakit di hati. Namun akhirnya hati terpaksa akur, di suatu sudut yang paling dalam, rasa kasih dan sayang tidak dapat di pendamkan lagi.

Namun, bibir tidak mampu mengucapkan kata cinta,Hati tidak tertahan menanggung beban perasaan.

Dia sedar, cinta bukanlah segalanya. Cinta itu terlalu luas pengertiannya. Sebelum menemukan cinta sejati, cintakan Allah adalah kunci umtama sebuah kebahagiaan yang hakiki.

Harga : RM 17.00 (semenanjung) RM 21.00 (sabah dan sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote