Friday, October 28, 2011

Ranah 3 Warna

 

Alif baru sahaja tamat belajar di Pondok Madani. Dia bahkan sampai bermimpi dalam bahasa Arab dan Inggeris. Impiannya? Tinggi betul. Mahu belajar teknologi tinggi seperti Habibie, lalu merantau sampai ke Amerika.

Terinspirasi semangat pasukan Denmark, Alif mendobrak rintangan berat. Baru sahaja dia tersenyum, badai lain menggempurnya silih berganti tanpa ampun. Alif letih dan mulai bertanya-tanya, "Sampai bilakah aku perlu teguh bersabar menghadapi semua dugaan hidup?" Dia hampir-hampir menyerah.

Rupa-rupanya mantera man jadda wajada sahaja tidak cukup sakti dalam memenangkan hidup. Alif teringat mantera kedua yang diajarkan di Pondok Madani. Man shabara zhafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung. Berbekalkan kedua-dua mantera itu, Alif menyongsong badai hidup satu persatu. Dapatkah dia memenangkan semua impiannya?

Ranah 3 Warna adalah hikayat tentang bagaimana impian tetap wajib dibela habis-habisan walau hidup digelung nestapa tidak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang sabar.

Harga : RM 20.00 (Semenanjung) dan RM 23.00 (Sabah dan Sarawak)



Thursday, October 27, 2011

Akukah Snow White Itu?

 
 
Angan-angan mahu berjumpa putera raja dikuburkan dalam-dalam. Kali ini Lisa mahu berusaha gigih menjaga penampilan. Dia sedar, hati yang putih suci lebih bermakna sekiranya penampilannya lebih berketerampilan.
Bukankah itu impian setiap gadis?

Namun Lisa masih dibuli  kerana sikap naifnya. Kali ini kehadiran sepupu kepada Farid, Keisya sering mencabar kesabarannya. Seribu satu degaan terpaksa dihadapinya.
Perangai Keisya benar-benar seperti watak antagonis dongeng Snow White.

Betulkah hanya gadis tinggi lampai dan berkulit seputih salji sahaja yang layak mendapat layanan istimewa di dunia ini?

Apakah Farid juga terpengaruh dengan segala cemuhan keisya kepada Lisa?
Bagi Lisa, biarlah comot asalkan hati lebih putih daripada salju! 

Harga : RM 16 (Semenanjung) dan RM 18 (Sabah dan Sarawak)


Friday, October 21, 2011

Kidung Selawat Zaki & Zulfa

 

Zaki adalah anak kepada seorang kiai yang mempunyai pesantren yang sederhana. Sejak kecil, Zaki sudah dijodohkan dengan Zulfa, anak kepada rakan ayah Zaki, yang juga seorang kiai pemilik pesantren lain. Pesantren milik ayah Zulfa adalah pesantren yang mewah. Perbincangan tentang perjodohan Zaki dan Zulfa dilakukan semasa mereka berdua masih berada dalam kandungan lagi. Sejak lahir sehinggalah usia kedua-duanya mencecah 22 tahun, Zaki dan Zulfa tidak pernah bersua muka. Menurut pandangan secara zahir, Zaki dan Zulfa adalah pasangan serasi. Namun, mereka sebenarnya memiliki personaliti yang jauh berbeza seperti langit dan bumi. Zaki hanyalah pemuda yang sederhana dan baik agamanya, manakala Zulfa sendiri meskipun seorang anak kiai, dia berkerjaya sebagai seorang model.

Zaki dan Zulfa saling menyukai, namun ujian datang bertimpa-timpa. Bahkan, Zaki hampir sahaja pasrah membiarkan Zulfa jatuh ke tangan lelaki lain. Konflik juga timbul antara kedua-dua orang tua mereka yang selama ini berhubungan baik umpama adik-beradik.

Harga : RM19.00 (semenanjung) dan RM 22.00 (Sabah dan Sarawak)

Wednesday, October 12, 2011

Oh London!

 

Alisa mendapat peluang bercuti ke London menemankan ibunya yang menghadiri kursus di sana. Sementara ibunya menghadiri kursus itu, Elisa ditemani oleh Puan Mariam iaitu rakan kepada ibunya yang memang menetap di London. Sepanjang berada di sana, Elisa dibawa ke pelbagai tempat-tempat menarik di London  termasuklah Malaysia Hall, Hyde Park, Istana Buckingham, Madame Tussauds, River Thames, New Walk, London Central Mosque dan pelbagai tempat menarik lain. Selain itu, dia juga diberitahu sejarah London yang tidak pernah diketahuinya. Satu insiden berlaku semasa berlaku satu rusuhan, Elisa terpisah daripada ibunya. Elisa diselamatkan sepasang suami isteri keluarga Brown yang akhirnya berjaya menemukan Elisa semula kepada ibunya. Pengalaman sepanjang di London memang benar-benar tidak dapat dilupakan oleh Elisa.

Harga : RM 14.50 (semenanjung)  RM 16.50 (Sabah dan Sarawak)


Sunday, October 9, 2011

Bercinta Dalam Tahajudku

 

Episod sedih hidup Kisi bermula sejak kematian ayahnya, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Belum pun habis duka kehilangan insan tersayang, Kisi dikejutkan dengan kenyataan lelaki pujaan hatinya jatuh cinta kepada sahabatnya sendiri. Kehadiran Ustaz Bangga sedikit sebanyak melembutkan hati Kisi yang keras umpama batu. Pada suatu hari, dendam yang membara seseorang merobah fizikal Kisi, sehingga gadis itu hampir putus asa dengan kehidupannya. Namun, hikmah selalu hadir bersama ujian seandainya diterima dengan redha.
Novel ini mengajarkan makna pelajaran paling penting dalam kehidupan, yakni sabar dan tawakal.
 Harga : Rm17.00 (Semenanjung) dan RM21.00 (sabah dan Sarawak)

Friday, October 7, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

 

Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang dipelajari Nur Wardah pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Nur Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.

Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus Polio sejak kecil, dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.

Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan.

Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu perkara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untik kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.

Harga RM 20.00 (Semenanjung) dan RM23.00 (sabah dan sarawak)

Sunday, October 2, 2011

Kurela Cinta Ini Bertamu

 

Sinopsis:-

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?
 
Harga : SEMENANJUNG: RM 24.00 dan SABAH/SARAWAK: RM 27.00

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote