Wednesday, November 30, 2011

Sebarkan Cinta-Mu


Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

Harga : RM 31 (semenanjung) RM35 (sabah dan sarawak)

Sunday, November 27, 2011

Akulah Cinderella

 

Akulah Cinderella ini berkisah tentang seorang anak yang kehilangan kedua orang tuanya dalam kecelakaan jalan raya. Kisah seorang kakak yang terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai ‘office boy’ di siang hari dan di restoran Mak Cik Senah di malam hari demi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh orang tuanya.

Syah - Nur Aisyah, kakak sulung harus bertanggungjawab penuh pada adik-adiknya yang seramai empat orang itu. Di usia 17 tahun dia harus ber`lagak’ macho dengan harapan dapat menghindarkan dirinya daripada ‘mata-mata jahat’ yang ada niat tak baik padanya ketika dia harus keluar bekerja (terutamanya di malam hari). Dia harus tegar demi membela nasib adik-adiknya.

Masalah datang bertimpa-timpa. Bermula dengan masalah tempat tinggal hinggalah masalah hak penjagaan terhadap adik-adiknya yang semuanya masih kecil. Mereka diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan rumah dan keluar daripada tanah tempat mereka berteduh. Rumah yang didirikan atas tapak tanah Pak Haji Yahya yang baik hati. Namun kematian Pak Haji Yahya menyebabkan anak menantunya menghalau mereka keluar atas alasan tanah itu akan dijual. Tambah merumitkan keadaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bertandang dan mendakwa bahawa dia tidak layak untuk menjaga adik-adiknya kerana dia sendiri masih di bawah umur (17 tahun).

Namun segalanya mula berubah apabila Syah menyelamatkan Datin Zulaikha yang dalam kesulitan. Bagaikan sudah tersurat, takdir hidupnya mula berubah. Kehadiran Datin Zulaikha membuka jalan penyelesaian pada Syah dan adik-adiknya. Mereka dijadikan anak angkat oleh Datin Zulaikha.

Syafiq Daniel, perkenalannya dengan Syah dalam keadaan yang haru-biru. Syah yang disangkanya lelaki dipukul dan dilempang oleh Syafiq tanpa belas kasihan. Aduh! Bagaikan badi, mereka bertemu dan sering bertegang leher. Bermulalah ‘perang saudara’ antara mereka. Namun yang lebih merumitkan keadaan, Syafiq adalah anak lelaki Datin Zulaikha dan sekaligus abang angkat Syah dan adik-adiknya - Alia, Ain, Azah & Aiman.

Amankah hidup Syah apabila harus hidup dibawah satu bumbung dengan 'musuh'nya? Bagaimana kesudahan kisah Syah-Syafiq ini? Bacalah Akulah Cinderella ini dan dapatkan jawapannya!
 
 
Harga : RM18 (Semanjung) / RM21 (Sabah dan Sarawak)

Cikgu Paling Gempak

 

Senarai nama pelajar 2 Biru: Melah Melia Mirza Rayyan Naznin Arif, ditugaskan mengajar di Kelas 2 Biru yang haru bitu sementara menunggu keputusan STPM. Tiada seorang guru yang sanggup mengajar dikelas itu. Namun, Arif yakin dia mampu menggalas cabaran ayah dan rakan-rakan sekerja bagi mengajar di kelas itu. Mampukah Arfi menjadi guru di kelas yang tidak pernah aman itu?
 
Harga : RM 14.50 (semenanjung) RM 16.50 (sabah dan sarawak)

Saturday, November 19, 2011

Surat Untuk Carolynn

 

Cik Carolynn,

Seterusnya saudari mempersoalkan kenapa Islam mengharamkan arak sebaliknya ia amat bermanfaat terutama kepada kesihatan. Islam, Kristian dan Yahudi adalah agama samawi membawa maksud agama langit
yang diturunkan oleh tuhan. Agama-agama ini telah tuhan kurniakan sebuah kitab sebagai panduan. Orang Yahudi dianugerahkan Taurat, orang Kristian pula Injil atau dikenali sebagai Bible pada hari ini, manakala orang Islam pula dirahmati Allah dengan al-Quran.

Dalam Islam kami diajarkan untuk patuh dan taat sepenuhnya kepada Allah dan meninggalkan larangannya. Semua suruhan dan larangan mesti ditunaikan dan jika ingkar kami akan berdosa. Setelah mati, akan dimasukkan ke dalam api neraka. Bukankah dalam ajaran Kristian juga sama? Orang yang melakukan perbuatan jahat akan berdosa dan jika mati dia akan dimasukkan ke dalam neraka. Salah satu larangan Allah dalam al-Quran ialah minum arak.

Pasti saudari mempersoalkan lagi, mengapa Allah menyuruh demikian? Ya, memang ada sebabnya, akan saya jelaskan dengan lebih mendalam...


Harga: RM13.00 (semanjung Malaysia) RM16.00 (Sabah dan Sarawak)

Air Mata Cinta

 

Ku jejak kasih semalam,
mengharung rindu tidak tertahan.

Rintangan dan dugaan yg mendatang
ku harungi demi cinta dan kasih yg tidak berpenghujung.
Takdir yang datang kuiringi dengan doa,
penuh keinsafan.

Kesabaran ini kupertahankan demi kasih seorg anak.
Lalu aku kembali ke dunia realiti mencari kekuatan yg hilang.

Namun langkahku kaku kerana ku tahu
kau masih ada di situ.

Sem Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00

Monday, November 14, 2011

Biarkan Ia Berlalu

 

Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.

Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.

Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.

Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….
 
SEMENANJUNG: RM 37.00 SABAH/SARAWAK: RM 40.00

Saturday, November 5, 2011

Bila Cinta

 

Fatin;

Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmmm… aku pernah dengar la orang kata, kalau kita suka dekat seseorang tu… luahkan! Kalau tidak… kita mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena reject? Tolong la… walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan.

(Wahai ahli sihir dunia kegelapan! CINTAkah aku pada kau? Kalau betul, BILA?)

Hafez Azfar;

Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorang ni kata cinta seperti hilang pronunciation? Dia yang tak ubah seperti caffeine! Tapi tu la… macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez,  kalau benar aku menjadi penghalang.
 
(Aku telah jatuh CINTA padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak BILA. Aku sendiri tak pasti.)

Haikal Azlan;
Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yang aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang yang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yang terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?
(BILA semua ni akan tamat? Ataupun semua ni adalah satu tanda CINTA baru bermula?)

Kaulah Satu

 

Semenanjung : RM 19.00
Sabah Dan Sarawak : RM 22.00

Anisa Camylia menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang dengan satu misi yang satu : memporak-perandakan rumah tangga papanya dan Auntie Norma dengan harapan keluarganya akan bersatu kembali.

Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.

Pertembungan pertamanya dengan Jay di stesyen kereta api Kuala Lumpur Sentral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini.

Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia???


Tuesday, November 1, 2011

Dalam Mihrab Cinta

 

Dalam Mihrab Cinta menyajikan utuh tentang perjalanan seorang santri (pelajar pondok) Syamsul yang difitnah dan seterusnya dikeluarkan daripada Pondok Pesantren Al-Furqon. Sisi kelam kehidupan Syamsul mendominasi awalan penceritaan. Buah dari rasa dizalimi oleh sahabat yang dipercayainya ditambah dengan tekanan dari keluarga, Syamsul bercita-cita untuk menjadi da'i dan akhirnya bangkit dan menjalani hidup sebagai seorang guru mengaji, Keinginan untuk kembali ke jalan yang lurus dan sebersit keinginan untuk membalas kezaliman bekas sahabatnya menumbuhkan tekad untuk bangkit dengan semangat pembuktian diri yang sungguh luar biasa, sehingga ia bisa menemukan jalan kesolehan dan menjadi da'i yang terkenal. Di tengah-tengah kehidupannya, Allah memberikan jalan baginya denan dipertemukan dengan Zizi dan Sylvie. Siapakah antara mereka yang menjadi pendamping hidupnya? Sama-sama kita nantikan.

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote