Monday, December 26, 2011

Kasih Vila Cinta


Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM ‘berkampung’ di vila yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar-benar terjadi. Satu, satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!

Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dengan Halizam, Acap, Kelam, Jati, Fauzan (yang ‘ayu’), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.

Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu…
 
Harga : RM 19.00 (Semenanjung) dan RM 22.00 (Sabah dan Sarawak)
 

Anaknya Anakku Jua

 

Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya.
Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’. Padanya, bayangan Badri dalam bentuk Hana menggugat kasih sayang Nisa’ terhadapnya. Tertekan dengan sikap tidak matang Daniel, Nisa’ nekad memutuskan cinta mereka. Dia pasrah dengan kehendak takdir kerana sayangnya pada Hana mula menggebu. Hana adalah keutamaannya.
Tidak mahu kehilangan Hana, Nisa’ ingin menjadikannya anak angkat yang sah. Namun, status bujangnya mengekang proses tersebut daripada berlaku. Nisa’ perlu berkahwin untuk memiliki Hana sepenuhnya. Kehadiran Irfan merupakan penyelamat kepada Nisa’. Harapannya untuk mengambil Hana sebagai anak angkat menjadi cerah. Namun, perkahwinannya dengan Irfan bersyarat. Selepas mereka menikah, mereka akan bercerai. Dan Hana akan kekal berada di bawah jagaannya.
Tetapi rancangan mereka ini harus dirahsiakan, terutamanya daripada pengetahuan umi. Umi masih belum dapat menerima kehadiran Hana sebagai ahli keluarganya
Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Nisa’ hampir-hampir boleh menarik nafas lega. Namun, kehadiran Shila yang tidak dialu-alukan oleh Irfan perosak segala-galanya.
Bagaimanakah Nisa’ dan Irfan menyelesaikan kemelut yang mengepung rumah tangga mereka sementelah mereka mula saling menyayangi? Bagaimana pula dengan umi? Bisakah dia menerima Hana sebagai cucunya? Shila… kenapa dia perlu menjadi perosak?
Segala-galanya bakal terjawab di dalam Anaknya Anakku Jua.
 
Harga : senaskah RM 22 (semenanjung) dan RM 24 (sabah dan sarawak) 

Friday, December 23, 2011

Penjara Rindu

 


Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.  
 
Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

Harga RM 21 (Semenanjung) dan RM24 (sabah dan sarawak)

Pelukan Cinta

 

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta
 
Harga : RM 17 (semenanjung) dan RM 20 (sabah dan sarawak)

Monday, December 19, 2011

Kerana Sebuah Janji

Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. 
 
Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?
 
Harga : RM 18 (Semenanjung) dan RM 21 (Sabah dan Sarawak)

Sangkar Cinta

 


Dek telah termakan budi dengan Dato’ No’man yang memeliharanya sebagai anak kandung, Reza rela menggantikan dirinya mengahwini Azril apabila kakak tirinya, Zumera bertindak melarikan diri pada hari perkahwinannya. Azril yang beranggapan Reza sebagai ‘pemain simpanan’ telah menetapkan peraturan; bahawa mereka akan berlakon sebagai pasangan suami isteri di hadapan Dato’ No’man hingga tiba waktu yang sesuai untuk berpisah. Reza yang pasrah menerima sahaja ketetapan peraturan itu.

Azwan yang baru pulang ke tanah air usai menamatkan pengajian di luar negara patah hati menerima berita perkahwinan Reza. Dia menjeruk rasa dengan memerap di rumah hingga menimbulkan keresahan di hati ibunya. Mujurlah Reza memberikannya secebis semangat, pemangkin untuknya bangun semula, menjalani hidup ini.

Sekali bah, sekali pantai berubah. Azril mula menyayangi isterinya kerana kelembutan dan kesopanan Reza meladeni kerenahnya.

Badai takdir mula melanda apabila Zumera muncul semula untuk menghancurkan rumah tangga Reza. Zumera yang mendendami Reza sejak ayahnya mengahwini ibu Reza tega menggunakan cara kotor untuk mendapatkan semula Azril. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan hati Reza hancur kerana dia cemburukan gadis itu akibat ayahnya yang lebih menyayangi Reza berbanding dirinya, anak kandung Dato’ No’man.

Bagaimana kesudahan pancaroba yang harus ditanggung oleh Reza? Bagaimana pula dengan nasib Zumera, wanita cantik berhati busuk itu? Dapatkah dia merebut semula cinta Azril? Berjayakah dia menghancurkan hati Reza? SANGKAR CINTA bakal meleraikan segala persoalan yang ada….!
 
Harga : RM16 (Semenajung) dan RM18 (sabah dan sarawak)

Sunday, December 18, 2011

Jodoh atau Cinta

 

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk  menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
 
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
 
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Harga : Semenanjung : RM 19 dan Sabah dan Sarawak : RM 22

Friday, December 16, 2011

Cinta Seindah Madah

 

"Aku mencintai Asmawi...Bagaikan aku memiliki pelangi. Tanpa aku sedari, pelangi mengundang tsunami di hati.

Mengenali Reshidi...Rasa kasih menjelma kembali. Digagahi hati...cuba menafi...kerana Reshidi masih beristeri.

Onak melilit hidupku. Duri menodok hatiku.

Namun kerana kejora hati. 'Atim' amanah Ilahi. Aku bangun menggagahi diri. Tekad di hati. Cahaya akan kuburudan kucari. Bukan lagi pelangi atau tsunami..."

Berjayakah Sharina?

Harga : Sem Malaysia : RM24.00 Sabah/Sarawak : RM27.00

Wednesday, December 14, 2011

Dan Gerimis Berbisik

 


Nur Aisya dan Mohd Najmi disatukan dengan sebuah ikatan pernikahan. Cinta zaman kecil itu akhirnya bersatu. Lantas dua jiwa itu menyemadikan diri bersama ternakan ikan air tawar di Chinta Aisya serta menjaga anak-anak yatim di Impian Bonda dengan rasa kasih sayang dan tawakal kepada Ilahi.

Aisya tabah dengan ujian yang mendatanginya tiba-tiba. Najmi disahkan koma selepas terbabit dalam kemalangan dan anak sulung mereka lahir tanpa abi sebagai penyambut iqamahnya.
Selepas tiga tahun menanti dengan penuh setia dan sabar yang berpanjangan, gerimis pun berhenti. Tuhan berjanji mendatangkan kemenangan kepada hamba-Nya yang memenuhi hidup dengan kesabaran.

"Sampai ke syurga, umi akan menantikan abi, sampai umi menutup mata."

Harga : RM 18 (Semenanjung) dan RM20 (Sabah dan Sarawak)

Tuesday, December 13, 2011

Kuseru Rindu Itu

 


Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.


Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.


Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan

Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta? 

Harga : RM20 (Semenanjung) dan RM23 (Sabah dan sarawak)

Saturday, December 10, 2011

Calon Isteri Putera Mahkota

 

“Demi kepentingan negara Darwish dan kerabat diraja, anakanda perlu berkahwin secepat mungkin.”
 
“Kata nenda lagi, jikalau anakanda masih tiada calon di dalam masa yang terdekat ini, mereka akan mencari calon isteri untuk anakanda.”
 
Danish pening kepala. Sebagai seorang putera kepada seorang raja dan permaisuri negara Darwish, dia tidak bebas untuk berkawan sesuka hatinya. Dia hanya mempunyai tiga orang rakan lelaki. Hanya mereka rakan dan teman karibnya.

----------------------
“Ini bakal tunang Danish, Iman namanya.”
 
Dia terperanjat. Sejak bila pula dia kenal pemuda itu? Sejak bila pula dia bakal ditunangkan dengan lelaki itu? Huh! Apa yang menambahkan rasa terkejutnya adalah nama yang disebut oleh pemuda itu. Iman? Iman! Ya, itulah namanya. Bagaimana pula pemuda itu tahu namanya sedangkan dia langsung tidak mengenali pemuda itu.
 
Harga : RM 18 (Semenanjung) dan RM 21 (Sabah dan Sarawak)

Iman Suraya


 
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.  Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu.  Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri.  Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi.  Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan.  Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala.  Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya.  Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi.  Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya.  Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu  oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi.  Cinta tanpa isyarat.  Datangnya tanpa sedar.  Akur.  Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga.  Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.

Susahkan?  Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan.  Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....
 
Harga :  RM 19 (Semenanjung) RM 22 (Sabah dan sarawak)


Thursday, December 1, 2011

Yes Boss!

 

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
 Harga : RM 21 (Semenanjung) dan Rm23 (Sabah dan sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote