Showing posts with label Abdul Latip Talib. Show all posts
Showing posts with label Abdul Latip Talib. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Abu Ubadah Penakluk Parsi

 

 Kisah sahabat Nabi yang berjaya menakluki Parsi. Novel ini mengisahkan Kisah Abu Ubaidah sejak belaiu kecil dan sehinggalah beliau diangkat menjadi antara panglima Islam yang tersohor.

Harga RM 15.00/ Rm 17.00

Monday, August 8, 2011

Tariq Penakluk Andalusia

 

Kisah panglima Islam yang berjaya menyeberang ke Andulisia sehingga selat itu digelar, selat Jabal Tariq atau selat Gibratal. Beliau adalah panglima yang berjuang demi Islam dan novel ini berkisah berkenaan beliau sejak dari kecil sampai beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Harga : RM 14 (semenanjung) dan Rm16 (sabah dan sarawak)


Saturday, August 6, 2011

Hulugu Khan (Khabar Hitam Dari Timur)

 

Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah. Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk Mesir.

 
Kisah cucu Genghis Khan mengisahkan bagaimana dia berjuang sejak kecil bagi menjadi gagah seperti datuknya dan seterusnya bagaimana dia dengan ganas menghancurkan Kota Baghdad, iaitu kejayaannya yang paling besar dan terbilang.
 
Harga : RM 14.00 (Semenanjung) Rm 16.00 (sabah dan sarawak)


Tuesday, April 5, 2011

Tok Janggut

 

Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun. Setahun sebelum itu, pada tahun 1909, berlakunya perjanjian Inggeris-Siam yang menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris, manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah kuasa Siam. Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatah lagi apabila Inggeris membuat perubahan yang bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam. 
 
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. 
 
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai, akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.

Harga : RM20 (semenanjung) RM23 (sabah dan sarawak)

Pendekar Siamang Gagap

 
1872  - Yamtuan Antah menaiki takhta dengan sokongan Datuk Siamang Gagap, Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana. Namun pelantikan itu mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal. Inggeris mula memainkan peranan dan sengketa bermula.... Tengku Ahmad dengan hasutan-hasutan Inggeris dan bantuan Undang Luak Sungai Ujung, mula melancarkan perang ke atas Sri Menanti. Datuk Siamang Gagap dengan perikatannya bertahan. Selepas beberapa siri pertempuran, Datuk Siamang Gagap bertahan di Bukit Putus. Kedua-dua belah pihak punyai kelebihan, punyai pendekar yang bukan calang-calang dan punyai semangat yang menjulang. Lalu siapa yang alah dan siapa yang menang? *** 
 
Menurut ceritanya, suatu ketika dahulu memang wujud seekor siamang yang gagap apabila berbunyi. Penduduk kampung di Seri Menanti menganggap siamang itu 'keramat' kerana menjadi pelindung kepada penduduk kampung. Apabila ada musuh datang menyerang, maka 'Siamang Gagap' itu akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya mereka bersiap sedia. Apabila Siamang Gagap itu mati, penduduk kampung seperti kehilangan pelindung dan mereka tidak lupakan jasa haiwan itu. Menurut sejarahnya, ada seorang lelaki mendapat gelaran 'Siamang Gagap' kerana jasanya menyelamatkan Seri Menanti daripada angkara musuh. Lelaki itu bernama Kahar bin Haji Mukmin. Sejak dia mendapat gelaran itu, beliau dikenali dengan nama Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang gagap.
 
Harga  : RM 20 (semenanjung) RM 23 (Sabah dan Sarawak)

Saturday, January 1, 2011

Ikramah - Penentang Jadi Pembela


"Jangan kamu mencaci maki ayahnya kerana mencaci maki orang yang sudah mati akan menyakitkan hati orang yang hidup..."

Nabi Muhammad

"Umar bin Khattab menuduh bahawa kami tidak berani menghadap maut. Sekarang bagaimana? Tidaklah Bani Makhzum membayar harga yang mahal demi kebesaran Islam? Inilah dia darah Ikramah, bapa saudara dan puteranya.."

Khalid bin Walid,
Panglima Pedang Allah.

"Ajarkanlah anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni mempertahankan diri dan menunggang kuda."

Saidina Umar Al-Khattab,
Khalifah Islam Kedua.


Selepas membaca dua buah novel Abdul Latip Talib, Ana berjanji pada diri akan membeli semua novel sejarah Islam milik penulis berjasa ini..

Harga :

RM 22.90 (Semenanjung)
RM 25.90 (Sabah dan Sarawak)

Friday, December 31, 2010

Salahudin Ayubi - Penakluk Jerusalam


Apabila wafatnya Nabi Muhammad s.a.w dan selepas perginya negarawan yang ulung seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khatab, umat Islam di seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan  dan kedurjanaan musuh-musuh Allah. Mereka disembelih, diperkosa dan diusir dari tanah air sendiri. Pada masa itu Umat Islam memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti Khalid Al-Walid bagi memulihkan martabat dan maruah umat Islam. Ketika itulah muncullah Salahudin Bin Ayubi bagaikan mukjizat Nabi. Beliau mampu mengalahkan tentera salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi tandus dan jiwanya kosong.

"Pertama melihat karya Abdul Latip Talib, hati dan perasaan ini rasa sangat rugi tak miliki dan mengikut perkembangan buku buku sejarah Islam beliau. Jujur, ini buku pertama dan jutaan tahniah Ana ucapkan serta ribuan kejujuran buat sahabat yang syorkan membaca novel sejarah Islam. Sebagai peminat dan pengemar novel dan bahan Ilimah, amatlah rugi jika karya Abdul latip Talib tiada dalam senarai buku yang dibaca." - Ulat buku Yang Menulis.

Harga Buku :

RM 26.90 (Semenanjung)
RM 29.90 (Sabah dan Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote