Showing posts with label Nozi Danisya. Show all posts
Showing posts with label Nozi Danisya. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Kerana Sebuah Janji

Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. 
 
Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?
 
Harga : RM 18 (Semenanjung) dan RM 21 (Sabah dan Sarawak)

Sunday, November 27, 2011

Akulah Cinderella

 

Akulah Cinderella ini berkisah tentang seorang anak yang kehilangan kedua orang tuanya dalam kecelakaan jalan raya. Kisah seorang kakak yang terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai ‘office boy’ di siang hari dan di restoran Mak Cik Senah di malam hari demi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh orang tuanya.

Syah - Nur Aisyah, kakak sulung harus bertanggungjawab penuh pada adik-adiknya yang seramai empat orang itu. Di usia 17 tahun dia harus ber`lagak’ macho dengan harapan dapat menghindarkan dirinya daripada ‘mata-mata jahat’ yang ada niat tak baik padanya ketika dia harus keluar bekerja (terutamanya di malam hari). Dia harus tegar demi membela nasib adik-adiknya.

Masalah datang bertimpa-timpa. Bermula dengan masalah tempat tinggal hinggalah masalah hak penjagaan terhadap adik-adiknya yang semuanya masih kecil. Mereka diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan rumah dan keluar daripada tanah tempat mereka berteduh. Rumah yang didirikan atas tapak tanah Pak Haji Yahya yang baik hati. Namun kematian Pak Haji Yahya menyebabkan anak menantunya menghalau mereka keluar atas alasan tanah itu akan dijual. Tambah merumitkan keadaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bertandang dan mendakwa bahawa dia tidak layak untuk menjaga adik-adiknya kerana dia sendiri masih di bawah umur (17 tahun).

Namun segalanya mula berubah apabila Syah menyelamatkan Datin Zulaikha yang dalam kesulitan. Bagaikan sudah tersurat, takdir hidupnya mula berubah. Kehadiran Datin Zulaikha membuka jalan penyelesaian pada Syah dan adik-adiknya. Mereka dijadikan anak angkat oleh Datin Zulaikha.

Syafiq Daniel, perkenalannya dengan Syah dalam keadaan yang haru-biru. Syah yang disangkanya lelaki dipukul dan dilempang oleh Syafiq tanpa belas kasihan. Aduh! Bagaikan badi, mereka bertemu dan sering bertegang leher. Bermulalah ‘perang saudara’ antara mereka. Namun yang lebih merumitkan keadaan, Syafiq adalah anak lelaki Datin Zulaikha dan sekaligus abang angkat Syah dan adik-adiknya - Alia, Ain, Azah & Aiman.

Amankah hidup Syah apabila harus hidup dibawah satu bumbung dengan 'musuh'nya? Bagaimana kesudahan kisah Syah-Syafiq ini? Bacalah Akulah Cinderella ini dan dapatkan jawapannya!
 
 
Harga : RM18 (Semanjung) / RM21 (Sabah dan Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote