Showing posts with label Bahruddin Bekri. Show all posts
Showing posts with label Bahruddin Bekri. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Diari Mat Desctpath (Edisi Patah Hati)

 
 
Ini bukan kisah saya yang patah hati. Mat despatch tidak mungkin patah hati. Ini kisah sepupu saya, seorang lelaki kacak itu dan emak saya meminta saya memulihkan semangat lelaki kacak itu. Ini hampir membuatkan saya pengsan! Baiklah, ini bukan berkenaan patah hati sahaja tetapi ada juga kisah berkenaan perempuan-perempuan cantik yang membuatkan hidup saya huru-hara. Walaupun huru-hara, banyak juga pengajaran yang saya peroleh daripada mereka. Yang utamanya, adalah...okey saya sudah lupa apa yang utama. Bacalah sendiri.



Harga : RM 9.90 (semenanjung) dan RM12.90 (Sabah dan Sarawak)

Friday, June 10, 2011

Diari Mat Despatch (Hati Emak)

 

Tuan Bahruddin Bekri kembali dengan Diari Mat Despatchnya.. Kali ini berkaitan dengan hati emak.. 

Pesanannya :

Jangan baca diari ini kerana diari ini sangat sedih. Nanti anda akan menangis teresak-esak. Bagaimana sekiranya anda menangis teresak-esak di hadapan di dalam kedai buku? Mesti malu. Jadi janganlah baca.

Harga : RM 9.90 (Semenanjung) dan RM 10.90 (Sabah dan Sarawak)

Monday, March 14, 2011

Penulis Yang Disayangi Tuhan

 

Ada seorang penulis yang putus asa, seorang pelajar 10 tahun yang taat kepada bapa, seorang gadis yang berada di hujung usia, tiga pendatang tanpa izin yang hidupnya disalut kecewa dan lima bekas penulis yang penuh rahsia.

Siapa penulis yang disayang Tuhan? Namun kisah ini  lebih daripada sekadar itu....

Harga : RM 18.50 (Semenanjung) dan RM 20.50 (Sabah dan Sarawak)

Thursday, January 20, 2011

Diari Mat Despatch (lelaki baik)


Diari Baru Aku..

Diari bulan Januari yang akan aku tulis dalam buku laporan Sains sudah hilang. Diari ini diari kedua aku. Tujuan aku membuat diari ini bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi kerana aku sudah kecewa dalam Ujian BMT dahulu.

Kini, aku menulis diari baru kerana merasakan menulis diari membuatkan perasaan aku tenang. Aku juga sedang mencari definisi berkenaan lelaki baik.

Bagaimana seorang lelaki itu dikatakan lelaki baik?

Harga Senaskah :

RM 9.90 (Semenanjung Malaysia)

RM 10.90 (Sabah & Sarawak)

Saturday, January 8, 2011

Detektif Bertudung Hitam

 

"Ini Saya tempah kad bisnes untuk awak."

"Encik Zabidi letak nama jawatan saya 'Penyiasat Persendirian'? 
Saya gana kerani, encik salah tempah," Persoal Zahra.

" Tak ada yang salah. Memang saya sengaja letak jawatan awak sebagai 'Penyiasatan Persendirian' kerana bekerja di syarikat penyiasatan membuatkan awak jadi penyiasat. Takkan saya hendak letak kerani pula?
Kerani buat apa ada kad bisnes? Secara tidak langsung awak dapat mempromosikan syarikat ini. Jadi, jangan simpan sahaja kad itu, berikan kepada orang. Faham!" terang Encik Zabidi panjang lebar.

"Faham!" jawab Zahra keras. Tidak semena-mena dia menjadi penyiasat pula. Hati Zahra bergetar memikirkan dunia baru yang perlu ditempuhinya.
Zahra gadis pemalu yang selalu tampil bertudung hitam. Gadis pemalu yang mendapat kerja sebagai kerani di syarikat penyiasatan kerana sanggup bekerja dengan gaji yang rendah. Gadis pemalu yang memerlukan wang bagi membiayai kos pembedahan ayahnya. Menyiasat kes pembunuhan? Ganjaran RM50,000? Mampukah Zahra yang pemalu ini menyiasat kes itu?

Harga Buku :

RM 17.9 0 (Semenanjung)
Rm 19.90 (Sabah & Sarawak)

Tuesday, December 28, 2010

Diari Mat Despatch


Peringatan:

Kepada sesiapa yang menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu beli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu.

Buku ini adalah kisah kehidupan sebenar yang menyentuh pelbagai aspek dari segi mutu kualiti penulisan bahasa Melayu Tinggi (BMT) dan bacaan yang mencuit hati sambil mengajak pembaca berfikir bersama satu watak yang hidup.
harga : RM9.90 (Semenanjung)
                      RM 10.90 (Sabah & Sarawak)

Thursday, December 16, 2010

Detektif Bertudung Hitam ( Penyiasat Masjid)


Peti derma Masjid Victoria tidak dapat dibuka kerana nombor kombinasinya hilang entah ke mana. Zahra, gadis pemalu yang suka bertudung hitam diarahkan menyiasatnya. Dia dibantu dengan rakan-rakannya yang juga pemalu. Zahra perlu berdepan dengan penduduk Kampung Nabawan Victoria yang aneh-aneh.

Bukan sahaja perlu menyiasat. Zahra juga perlu bersaing dengan seorang penyiasat yang gemar berpakaian puteh. Penyiasat yang sentiasa mendahului tindakan Zahra. Namun, tabpa mereka sedari, semua langkah mereka sering di perhatikan oleh seorang perempuan bertudung biru.
Apakah seterusnya terjadi kepada Zahra dan rakan-rakannya?

Ini bukan kisah berkenaan itu sahaja. Temui juga Tuan Crocodile Hunter, Mawar Astakona Harum Berlima, Madhuri, L. Jalil dan ramai lagi watak yang akan mengharu birukan hidup Zahra dan rakan-rakannya.

Harga : RM 21.90 (Semenanjung)
                RM 24.50 (Sabah/ Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote