Monday, March 26, 2012

Sisa Sebuah CInta

 
  
Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup Renda. Kisah hitam yang disimpan kejap dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, ikatan pernikahan yang terbina tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusannya itu telah menghancurkan hati Renda yang telah mula menerimanya dalam hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanalah dia memulakan hidup yang baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyayanginya. Namun, mampukah kebahagiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal dihadapi oleh Renda?

Harga : RM30 (Semenanjung) dan RM33 (sabah dan sarawak)

Bukan Pungguk RIndukan Bulan

 

Pungguk rindukan bulan. Tiga patah perkataan yang bagaikan belati tajam menusuk ke jantung hati Balkis Batrisyia, seorang gadis remaja yang dibelenggu oleh kisah silam orang tuanya hingga meragui status diri. Persoalan yang tidak terjawab di minda menyebabkan dirinya takut menerima cinta walau di hati pernah berbunga sayang. Firdaus dan Fikri. Dua jejaka yang muncul menagih cintanya, namun hampa. Bukan dia menolak, tetapi takdir hidup yang menentukan segala keputusan yang wujud. Sedikit sebanyak tragedi cinta yang menimpa membuat dirinya terasa tidak layak untuk melayari hidup sebagaimana gadis lain. Memiliki kekasih hati dan melayari indahnya alam percintaan.

Jika pun cinta itu hadir, pasti banyak onak dan duri yang perlu ditempuhi. Mampukah dirinya? Dan sanggupkah sang kekasih? Persoalan itu tiada jawapan dari lubuk hatinya. Yang pasti dia akan kecewa. Itu sangka hatinya. Dalam melayani kecelaruan takdir hidupnya itu, muncul Syahrain Sulaiman. Jejaka ketiga yang berusia jauh lebih matang dari dirinya cuba mendekatinya. Sedaya upaya Balkis Batrisya cuba mengelak, namun hati terpaut juga akhirnya dek keikhlasan si jejaka. Hadirnya Syahrain Sulaiman dalam hidupnya bukan sekadar sebagai kekasih tetapi juga membawa sinar lain apabila dirinya disatukan semula dengan ibu bapa dan keluarganya.

Mendung yang selama ini menyelubungi hidupnya kini menghilang sebaik terbukti status sebenar dirinya yang diragui selama ini. Hidupnya bagaikan disimbahi sinaran mentari yang tiada akhirnya. Tetapi, langit yang disangkanya cerah hingga ke petang rupa-rupanya hanya seketika. Kegembiraan yang dimiliki kini menuntut satu pengorbanan. Pengorbanan untuk kebahagiaan darah dagingnya sendiri. Pengorbanan yang bukan sedikit buat dirinya. Syahrain Sulaiman terpaksa dilepaskan demi kakaknya yang baru dikenali, yang lebih dia sayangi kini. Relakah Syahrain Sulaiman menjadi korban dan mengorbankan cinta barunya demi kekasih lama? Tegarkan Balkis Batrisya melepaskan kekasih hati hanya kerana sayangnya dia kepada kakak yang baru dikenalinya itu?
 
Harga : RM17 (Semenanjung) dan RM20 (Sabah dan Sarawak)

Friday, March 23, 2012

Akukah Juwita

 

Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki.

Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya.

Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki.

Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala.

Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, di antara lelaki-lelaki ini siapakah yang meletakkan Minah sebagai juwita di hatinya?

“Dia bukan mencari seorang perempuan sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang Juwita yang sudi hidup bersama sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita itu?”
 
Harga : RM 22.00 (semenanjung) dan RM 25.00 (sabah dan sarawak)

Tuesday, March 20, 2012

Syurga Di WajahMu

 

Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, membuahkan rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yg Hairi rasakan. Mereka akhirnya bertunang dlm tempoh perkenalan yg singkat. Namun rahsia yg terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu dengan rasa rendah diri memutuskan pertuangannya dgn Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan.


Setelah tamat pengajian, Idayu bekerja sebagai jururawat peribadi kpd Engku Maryam, hanya kerana igin terus meminggirkan diri dari dunia luar. Namun pertemuannya dgn Engku Lokman, cucunda Engku Maryam membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu. Kehadiran Idayu pada mulanya tidak diendah oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu. Bila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya, dia dipaksa mengahwini Idayu.


Mampukah Idayu mengubah suaminya dari noda dan dosa semalam? Mampukah dia bertahan dengan cinta barunya? Bahagiakah mereka melayari sebuah bahtera dgn cinta yg terpendam dalam diam? Mungkinkah akan ada badai yg melanda bahtera cinta yg baru sahaja memulakan pelayarannya itu? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya utk menagih cintanya yang tidak kesampaian?
 
Harga : RM20.00 (Semenanjung) dan RM23.00 (Sabah dan Sarawak)

Friday, March 16, 2012

Sejak Bila Kami Serumah

 

Rayyan dan Naznin sudah sah bergelar adik-beradik tiri. memang sukar diterima tetapi mereka sudah ada strategi masing-masing.

Rayyan dan Naznin akan berkongsi segala-galanya. Mereka akan tinggal serumah.
Sampai bilakah mereka akan terus bermusuhan? Ataupun mungkin akan berlaku keajaiban dalam kehidupan mereka?

Harga : RM 16 (Semenanjung) dan RM18 (Sabah dan Sarawak)

Thursday, March 15, 2012

Diari Mat Desctpath (Edisi Patah Hati)

 
 
Ini bukan kisah saya yang patah hati. Mat despatch tidak mungkin patah hati. Ini kisah sepupu saya, seorang lelaki kacak itu dan emak saya meminta saya memulihkan semangat lelaki kacak itu. Ini hampir membuatkan saya pengsan! Baiklah, ini bukan berkenaan patah hati sahaja tetapi ada juga kisah berkenaan perempuan-perempuan cantik yang membuatkan hidup saya huru-hara. Walaupun huru-hara, banyak juga pengajaran yang saya peroleh daripada mereka. Yang utamanya, adalah...okey saya sudah lupa apa yang utama. Bacalah sendiri.



Harga : RM 9.90 (semenanjung) dan RM12.90 (Sabah dan Sarawak)

Monday, March 5, 2012

Hiroshima


Kisah pengembomam ke atas Hiroshima. Menceritakan bagaimana ia berlaku dan siapa yang menyebabkannya berlaku. Banyak fakta mengejutkan akan ditemukan dalam novel ini.
 
Harga : RM 23.00 (Semenanjung) dan RM26.00 (Sabah dan Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote