Showing posts with label Ashadi Zain dan Moh Dat Molok. Show all posts
Showing posts with label Ashadi Zain dan Moh Dat Molok. Show all posts

Monday, April 11, 2011

BUDAK PSIKIK (Gusti Ayu Ratnasari)

 

Zwart Hagala tidak pernah putus asa dalam misi menghancurkan Aizad. Kali ini Zwart Hagala memaksa Aizad ke Indonesia bagi menghadiri perkahwinan Gusti Ayu Ratnasari, gadis yang berjaya menawan hati Aizad. Perkahwinan yang dirancang itu sedikit sebanyak membuat Aizad kecewa.

Ibu bapa Gusti Ayu Ratnasari begitu mengagumi bakal suami Gusti Ayu, Hasjmy. Sebarang kata-kata buruk yang dilemparkan pada Hasjmy akan disanggah. Pada mereka Hasjmy sangat layak mengahwini anak mereka.

Tetapi ada sesuatu berkenaan Hasjmy yang menyebabkan Gusti Ayu dalam bahaya.
Siapakah Hasjmy? Adakah perkahwinan itu berlangsung dengan meriah?

Harga: RM 13.00 / RM 15.00

Tuesday, December 7, 2010

Perang Dunia Ke - 3

 

Sekatan ke atas Iran sahaja membuatkan Presiden Ahmadijed berasa marah dan bermati-matian mempertahankan Iran, tetapi rakyat juga turut merasakan tidak puas hati ke atas gesaan Barat terhadap projek nuklear negara mereka. Sekempulan pelajar Universiti Allameh Tatabai, Iran telah merancang menggagalkan idea jahat Israel, Amerika dan British ke atas Iran.

Shahpour Baktiar mengetuai mahasiswa dan mahasiswi gabungan empat buah universiti membuat rapat umum menentang kehadiraan El-Baradei, wakil IAEA sebagai boneka Amerika yang akan menggagalkan projek nuklear mereka. Berjayakah mereka menyelesaikan misi itu? Mampukah Shahpour Bakhtiar mengetuai kumpulannya untuk menghalang niat jakat pakatan Amerika dan sekutu-sekutunya?

Dapatkah buku "Perang Dunia Ke -3" dengan harga :
RM 16 (Semenanjung)
RM 18 (Sabah/Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote