Showing posts with label Mardihah Adam. Show all posts
Showing posts with label Mardihah Adam. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Dan Gerimis Berbisik

 


Nur Aisya dan Mohd Najmi disatukan dengan sebuah ikatan pernikahan. Cinta zaman kecil itu akhirnya bersatu. Lantas dua jiwa itu menyemadikan diri bersama ternakan ikan air tawar di Chinta Aisya serta menjaga anak-anak yatim di Impian Bonda dengan rasa kasih sayang dan tawakal kepada Ilahi.

Aisya tabah dengan ujian yang mendatanginya tiba-tiba. Najmi disahkan koma selepas terbabit dalam kemalangan dan anak sulung mereka lahir tanpa abi sebagai penyambut iqamahnya.
Selepas tiga tahun menanti dengan penuh setia dan sabar yang berpanjangan, gerimis pun berhenti. Tuhan berjanji mendatangkan kemenangan kepada hamba-Nya yang memenuhi hidup dengan kesabaran.

"Sampai ke syurga, umi akan menantikan abi, sampai umi menutup mata."

Harga : RM 18 (Semenanjung) dan RM20 (Sabah dan Sarawak)

Tuesday, November 30, 2010

Andai Gerimis Berhenti


Hatinya sentiasa mahu tenang mengharungi cita cita dan cabaran berganda. Nur Aisya Binti Mohd Jamil mengharungi impian dengan ternakan ikan air tawarnya. Gadis Cekal yang mengalunkan cerita dengan pengertian maqam takwa, kasih sayang seorang anak dan kisah hatinya bersama cinta yang terus-terusan mendatang.

Musim-musim ciptaan Tuhan lantas berlalu dengan nyaman. Sehingga Tuhan mendatangkan cabaran dan akhirnya mencari diri. Cinta, cita-cita dan kasih di dalam kehidupannya dibawa agar segala ketenangan dan musim mendatang Tuhan ciptakan keajaiban. Gerimis tidak berhenti dan sentiasa mendatang sehari-hari.

Harga : Rm17.50 (semenanjung)
                RM 19.50 (Sabah/Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote