Saturday, January 29, 2011

Hati Bila Cinta

 

Dua-dua tak sebulu. Hari-hari kerja mereka bergaduh sahaja. Macam anjing dengan kucing. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama? Tetapi, dalam benci ada cinta. Mulut kata benci, hati kata cinta.

DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya.Dendam sudah bertukar menjadi sayang dan rindu.
Bagi Fenn, cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

"Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen."
Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Harga Buku: RM20 (Semenanjung)
                        RM23 (Sabah & SarawaK)

Thursday, January 20, 2011

Kau Laksana Bulan


Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama Adriana mengembara ke dunia karya dan alam cintanya! Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kenjadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya. Pun begitu, dunia percintaannya tidak semudah diharapkan. Ibunya mahu melihat Adriana berkahwinan cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadoi seperti yang direncanakan. Walaupun sudah kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruanga di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki  ini mampu menganggu konsentrasinya. Akhirnya sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri dan kini mula menghantui hidupnya!.

Harga senaskah :

RM 19.90 (Semenanjung)
RM 23.90 (Sabah dan Sarawak)

Diari Mat Despatch (lelaki baik)


Diari Baru Aku..

Diari bulan Januari yang akan aku tulis dalam buku laporan Sains sudah hilang. Diari ini diari kedua aku. Tujuan aku membuat diari ini bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi kerana aku sudah kecewa dalam Ujian BMT dahulu.

Kini, aku menulis diari baru kerana merasakan menulis diari membuatkan perasaan aku tenang. Aku juga sedang mencari definisi berkenaan lelaki baik.

Bagaimana seorang lelaki itu dikatakan lelaki baik?

Harga Senaskah :

RM 9.90 (Semenanjung Malaysia)

RM 10.90 (Sabah & Sarawak)

Tuesday, January 18, 2011

DIa Lebih Tahu


Malam Sepi. Purnama menjelang, awan mendung berarak pergi. Mungkinkah hujan tidak jadi? Amira termangu di jendela merenung hari esok yang bakal tiba bila malam merangkak pergi. Di hatinya berteka-teki, bermain dalam silang kata takdir azali. Diakah kawan atau diakah lawan  yang bakala menghancurkan dirinya? Diakah selama ini yang wujud dalam mimpi, menghulur tangan membantu dikala tergelincir kaki? Namu pagi tetap datang menjelmakan diri bila mentari muncul membawa sinar pelangi. Wajah yang dulu tenang, gundah kini bila muncul Faizul dan Fedtri. Bayangan sedih bermain di hati akibat kurangnya keyakinan diri, cuba mengharungi ujian Ilahi. 

Namun sesungguhnya.. Dia lebih tahu.

Harga : RM 19.90 (Semenanjung)
                           RM 21.90 (Sabah dan Sarawak)

Saturday, January 15, 2011

Takbir - Takbir Cinta


"Pengalaman saya ketika menunaikan haji untuk arwah ibu kandung, saya merasa seakan kembali ke dalam kandungan ibu. Saya luluh menemuai Allah S.W.T. Dia yang kini kita kenal melalui kasih sayang seorang ibu, penuh pengorbanan tanpa mengeluh. Pembaca akan merasakan apa yang disajikan oleh Riyanto El-Haris dalam novel ini, kerana dengan kata-kata ibunya membuatkannya terjaga untuk terus bersemangat dan menghidangkan yang terbaik ketika di STPDN/IPDN atau dalam tugas dan pengabdian, meskipun ibunya sudah lama tiada."

Inul Kencana Syafi'ie (Pensyarah IPDN)

"Sebagai sebuag novel, Takbir-Takbir Cinta ini sangat menarik. Secara keseluruhannya, novel ini adalah peringatan bagi kelalaian hati. Saya benar-benar amat merinduikan wajahmu Ibu!"

Taufiqurrahman Al-Azizy, novelis muslim terkenal.
Harga Buku : RM28.90 (Semenanjung)
                            RM 30.90 (Sabah dan Sarawak)

Friday, January 14, 2011

Planet-Planet Cinta

 

Sebuah kisah cinta yang tidak terbendung luasnya cakerawala.
 
Hidup Puteri Elara mula berubah sejak kali pertama mengenali seorang jejaka dari Bumi, Prof. Ananke. Namun, Ratu Jupiter mahu menyatukan sang puteri dengan Putera Andrastea, anak pemimpin tertinggi suku Andala. Kerana Cinta Elara berkorban dan kerana percaya pada jodohnya dengan Ananke Elara berjuang. Cita-cita berubah menjadi cinta. Dua jiwa berbeza planet menyatukan mereka.. Dugaan cinta, planet-planet cinta..
 
 
Harga: RM 25.00 ( Semenanjung)
           RM 28.00 (Sabah dan Sarawak)

Tuesday, January 11, 2011

Dendam Pencinta

 

Murni, gadis kampung yang meniti perjalanan hidup di kawasan pedalaman Sabah. Hidupnya penuh liku dari kecil hingga dewasa. Murni merantau ke Semenanjung dengan melanjutkan pelajaran di salah sebuah Universiti.

Manakala Allif, lelaki kaya yang mewarisi kekayaan peninggalan ibu bapanya menyimpan dendam pada Anding yang menyebabkan saudara kembarnya, Rina hilang ingatan.

Pertemuan antara Murni dan Aliff sebenarnya sudah dirancang  tanpa pengetahuan Murni. Dendam yang tersembunyi di sebalik bantuan yang dihulurkan hanya berlandaskan simpati. Murni dijadikan perantaraan untuk membalas dendam antara Aliff dengan Anding, saudara kandung Murni.

Namun sesuatu telah terjadi antara mereka.. Dendam dan cinta menjadi taruhan...

Harga : RM 26 (Semenanjung)
               RM 29 (Sabah dan Sarawak

Saturday, January 8, 2011

Yong Tau Foo

 

Sebelum..

Yong ...  "Aku perempuan malang yang bodoh dan gagal dalam hidup..."

Tau... "Aku budang lagi, mak dan kakak boleh jaga aku..."
Foo... "Tak  ada orang sayang aku..."

Selepas...
Yong... "Siapa cakap aku tak boleh berjaya? Selagi ada kemahuan... di situ ada jalan..."

Tau.. "Aku lelaki, aku yang perlu jaga mak dan kakak aku..."
Foo... "Bila kita sayang orang, orang akan sayang kita.."

 Perkenalkan :

Yong : Syarifah Noor Adibah Binti Syed Salahuddin
Tau : Taufik Bin Syed Salahuddin

Foo : Ah Fooo (Lawan Taufik)

Harga Buku :

RM 21.90 (Semenanjung)
RM 24.90 (Sabah & Sarawak)

Detektif Bertudung Hitam

 

"Ini Saya tempah kad bisnes untuk awak."

"Encik Zabidi letak nama jawatan saya 'Penyiasat Persendirian'? 
Saya gana kerani, encik salah tempah," Persoal Zahra.

" Tak ada yang salah. Memang saya sengaja letak jawatan awak sebagai 'Penyiasatan Persendirian' kerana bekerja di syarikat penyiasatan membuatkan awak jadi penyiasat. Takkan saya hendak letak kerani pula?
Kerani buat apa ada kad bisnes? Secara tidak langsung awak dapat mempromosikan syarikat ini. Jadi, jangan simpan sahaja kad itu, berikan kepada orang. Faham!" terang Encik Zabidi panjang lebar.

"Faham!" jawab Zahra keras. Tidak semena-mena dia menjadi penyiasat pula. Hati Zahra bergetar memikirkan dunia baru yang perlu ditempuhinya.
Zahra gadis pemalu yang selalu tampil bertudung hitam. Gadis pemalu yang mendapat kerja sebagai kerani di syarikat penyiasatan kerana sanggup bekerja dengan gaji yang rendah. Gadis pemalu yang memerlukan wang bagi membiayai kos pembedahan ayahnya. Menyiasat kes pembunuhan? Ganjaran RM50,000? Mampukah Zahra yang pemalu ini menyiasat kes itu?

Harga Buku :

RM 17.9 0 (Semenanjung)
Rm 19.90 (Sabah & Sarawak)

Wednesday, January 5, 2011

Akukah Cinderella itu?

 

Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi Cinderella yang sentiasa punya pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun. Lisa tahu itu mustahil. Kuasa Tuhan mengatasi segala keajaiban muka bumi.

Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujuran tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia (KUM). Di sana segala-galanya bermula. Kehidupan Lisa diduga.

Dia dihambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid mengelarkan Lisa sebagai 'Nenek Kebayan'?

Itulah terjadi apabila gadis biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa!

P/S : Jika sudah buku Kak Lily rasanya nak letak sekejap amatlah 'sayang'. Akukah Cinderella itu? Sepatutnya digelar dan dilabelkan dalam PTS ONE ISLAMIK.. Syabas Kak Lily.. :-)
Harga Buku :

RM 17 (Semenanjung)
RM 19 (Sabah & Sarawak)

Saturday, January 1, 2011

Ikramah - Penentang Jadi Pembela


"Jangan kamu mencaci maki ayahnya kerana mencaci maki orang yang sudah mati akan menyakitkan hati orang yang hidup..."

Nabi Muhammad

"Umar bin Khattab menuduh bahawa kami tidak berani menghadap maut. Sekarang bagaimana? Tidaklah Bani Makhzum membayar harga yang mahal demi kebesaran Islam? Inilah dia darah Ikramah, bapa saudara dan puteranya.."

Khalid bin Walid,
Panglima Pedang Allah.

"Ajarkanlah anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni mempertahankan diri dan menunggang kuda."

Saidina Umar Al-Khattab,
Khalifah Islam Kedua.


Selepas membaca dua buah novel Abdul Latip Talib, Ana berjanji pada diri akan membeli semua novel sejarah Islam milik penulis berjasa ini..

Harga :

RM 22.90 (Semenanjung)
RM 25.90 (Sabah dan Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote