Sunday, October 31, 2010

Daun Pun Berzikir


Hayder, Shofi, Bram, Lidya, Asep, Rohman, Puan Salamah, Encik Uthman dan Puan Uthman, inilah watak watak yang menghidupkan kisag disebalik "Daun Pun Berzikir". 

Bermulanya kisah Hayder yang tinggal di gubuk yang kecil bersama ibunya Puan Salamah.. Walaupun serba kekurangan namun mereka tidak meminta minta dan bersyukur dengan apa yang ada.. Ayah Hayder seorang pakar agama yang semasa hidupnya banyak berbakti kepada masyarakat namun selepas kematian ayahnya dia dan ibunya sering disalah ertikan oleh masyarakat.

Bermulanya kisah juga dengan kedatangan Bram, Asep, Rohman dan beberapa yang lain dari bandar ke kampung halaman Hayder dengan membawa idea baru untuk mengkaji dan membuat jasa kepada penduduk kampung dengan mencari punca air dan membina sumur agar kehidupan masyarakat kampung lebih teratur dan lebih penggunaan air bersih.  

Konfliknya berlaku apabila Ibu Shofi, Puan Uthman ingin Shofi rapat dengan pemuda bandar yakni Bram yang dikatakan amat berjasa kepada orang kampung. Namum disebaliknya ada sesuatu yang tersembunyi dan ini semua merupakan permainan Bram.. Berjayakan Shofi yang tulus hatinya disatukan dengan Bram? Ataukah perancangan manusia gagal apabila bersatunya perancangan dari Allah? "Daun Pun Berzikir" dapatkan novel Keluaran PTS dengang harga :

  RM18 (Semenanjung) RM20  (Sabah/Sarawak)

Thursday, October 28, 2010

Tumbuh Di Tengah Badai


(Sebuah Novel Daripada Kisah Benar)

Tumbuh Di Tengah Badai adalah saksi ketabahan dan bukti seorang ibu mampu menjadikan seorang anak yang kurang sempurna peluang untuk hidup di samping kesempurnaan dan keinginannya... Catur Putra atau nama timangan Catra merupa anak istimewa yang lahir di dunia bukan di pinta dan hadirnya mampu membuatkan ibunya mengenal kembali cinta Allah S.W.T.

Kesusahan yang seorang "ibu" tanggung mendidik anak terutamanya dalam novel ini apabila seorang anak mengalami autisme yang merupakan sedikit kerosakan urat saraf otak.. Kehidupannya bersamanya anaknya tidak mendapat sokongan suami serta dua lagi anaknya yang sama sama membesar.. Seorang ibu itu menjaga, memerhati dan mendidik anaknya dari tadika hinggalah dia sekolah menengah.. Dari anak itu tidak diterima oleh masyarakat hinggalah dia di sukai umum dan di jadikan idola.. Tumbuh di Tengah Badai mampu membuahkan kesabaran kepada ibu bapa dan keinsafan buat seorang anak.. Dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran dengan harga :

RM17.00 (Semenanjung) dan RM19.00 (Sabah/Sarawak)

Buku yang juga jalan ceritanya  yang berkisarkan kisah benar  :


Harga: RM RM22.00 / RM RM25.00

Monday, October 25, 2010

Qasidah Untuk Kekasih

 

"Qasidah Untuk Kekasih" second coming dari penulis muda beruia 23 tahun yang kini menuntut di Kaherah, Mesir.. QUK mengisahkan watak utamanya Zainul Muttaqin yang amat cinta dan kasihnya beliau kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun Zainul Muttaqin bukan dari aliran agama yang menuntut di Uiam namun beliau berjaya membangkitkan semangat Anak Muda melalui program beliau yang mendekatkan diri dan mengenal Rasulullah s.a.w.

Qasidah, itulah kegemarannya sampaikan setiap ceramah pasti ada Qasidah didendangkan sama ada secara sendiri atau berkumpulan. Eddie yang memanggil Zainul Muttaqin sebagai 'Abang'  dan sedikit demi sedikit Eddie terkesan dengan 'dakwah' Zainul Muttaqin.

Zainul Muttaqin meletakkan syarat peribadinya kepada temannya yang di hanya akan bernikah sekiranya dia peroleh dua perkara yang terlalu dia mahu dalam hidupnya.. Pertama : Melihat naskah Asli yang dibeli kerajaan Mesir dan Kedua : Bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. Adakah dua impiannya menjadi kenyataan? Apakah dugaan 'dakwah' hidupnya? Dapatkan 'Qasidah Untuk Kekasih' di Toko Buku berdekatan dengan harga :

RM17.00 (Semenanjung) RM19.00 (Sabah/Serawak)

Saturday, October 23, 2010

Memoir Anak Setinggan

 

Memoir Anak Setinggan (Ting Ting.. Polis Sentri.. Konda-Kondi Semua ada!) Tajuk yang menarik dan cerita yang ngetop.. Cerita ini mengisahkan seorang budak yang cuma dibahaskan dengan kata nama 'AKU' dan dua lagi watak yang menghidupkan jalan ceritanya yakni Mamat dan Bain..

Memoir Anak Setinggan umpama sebuah diari 'AKU' yang mengisahkan kehidupan kecilku hingga 'AKU' dewasa.. Sekilas daripada isi kandungan buku ini menceritakan kisah zaman kanak-kanak 'AKU' yang agak nakal, ingin mencuba dan asyik merasakan apa yang 'AKU' lakukan adalah kesalahan. Lalu 'AKU' di hantar ayah bersekolah dan merasakan kehidupan 'diam' di sekolah. Selepas itu diperkenalkan dengan rotan bersama guru mengaji. Dari situ 'AKU' mula menjadi manusia dan dengan 'diam' itu 'AKU' mengenal erti hidup dan tahu mendisiplin diri.

Memoir Anak Setinggan mengukir kisah kehidupan serba kekurang kehidupan di rumah setinggan tapi masih boleh melakar kerjayaan. Merekalah mulanya meneroka dunia setinggan.. Ingin tahu kisah selanjutnya.. Dapatkanlah buku Memoir Anak Setinggan Karya M.S Anuar Mahmod dengan harga:

RM 14 (Semenanjung Malaysia)      
RM 16 ( Sabah/Serawak)

Tuesday, October 19, 2010

Tuhan Masih Mencintaiku

 

Novel "Tuhan Masih Mencintaiku" adalah rentetan kisah daripada Novel " Menunggu Cinta Tuhan" karya emas oleh Kak Lily Haslina Nasir. Kak Lily Haslina Nasir yang popular dengan buku siri  Aku, dia & sama ada Aku, dia & coklat, Aku, dia & gossip, dan Aku dia & Glamour mampu menyentuh pembaca dengan Dua novel Islamik karya emas beliau.

Kedua-duanya "Menunggu Cinta Tuhan dan Tuhan Masih Mencintaiku" menekankan bahayanya ilmu hitam seperti sihir dan seumpamanya dalam kehidupan dan masyarakat kita. Jika dulunya watak Azridul Rasyid dalam novel "Menunggu Cinta Tuhan" lebih kepada kehidupan yang bebas, seorang penulis akhbar  yang melibatkan diri dengan ruang/columnis gossip artis serta hanya hiburan menghiasi hidupnya kita berubah apabila kemalangan yang menglibatnya bersama watak Nureen yang kematian akibat geseran tanah di rumah yang mereka bersama pada malam itu.

"Tuhan Masih Mencintaiku" menyaksikan perubahan Azridul Rasyid yang masih keras dengan pembantunya Khalida namun beliau terpaksa akur dengan nasihat khalida tambahan pula apabila balasan dari Allah S.W.T. terhadap perbuatannya yang lepas kini terpalit pada dirinya. Dari unit hiburan beliau melakukan hijrahnya ke unit perihatin.. Apakah menyebabkan perubahan Azridul Rasyid 360 darjah berlaku dengan dratisnya? Amatlah perlu pengemar novel mendapatkan novel ini sebagai salah satu bahan bacaan yang Manfaat..

NOVEL INI KELUARAN  : PTS LITERA HANYA BERHARGA RM21.90 (SEMENANJUNG) RM24.50 (SABAH/SARAWAK)

Monday, October 18, 2010

E-Kesenian Tercipta


Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam dijawab doa diterima,
Salam ziarah Ana ucapkan,
Selamat berkunjung ke blog ini Ana alu-alukan..

Alhamdulillah.. Selepas pelbagai cadangan, pelbagai permintaan dan dengan niat suci untuk berkongsi Ana bentukkan satu blog untuk mengulas buku yang telah Ana baca mengikut setiap tajuk.. Ana cetuskan "e-kesenian tercipta" bukanlah untuk menayangkan kesenian kesenian yang Ana hasilkan bahkan untuk menarik umat Islam membaca dan menghayati ilmu dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut bahan Ilmu..

Insya-Allah perkongsian menarik Ana cuba usahakan dan perubahan yang mendadak akan berlaku dan sebarang kekurangan dan kelemahan Ana mohon maaf dan dialu-alukan ziarah serta mengamati info-inf0 atau ilmu serta diberi izin juga untuk menyatakan pendapat, saranan dan cadangan serta kritikan yang membina.. Insya-Allah.. Akhirnya kalam..

Menulis untuk menghiburkan,
Menulis untuk menyedarkan,
Menulis untuk perkongsian,
e-keseniaan tercipta medium berkesan,
selamat dan salam saya ucapkan..

Wassalamualaikum w.b.r

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote