Monday, January 23, 2012

Sang Waqiah

 

Kemiskinan menjadi punca seorang ustaz muda yang bernama Angger dan beberapa penduduk kampung terjebak dengan aktiviti pencarian harta karun di kaki gunung di sebuah kampung. Aktiviti itu hasil daripada khayalan seorang penganggur yang mendakwa nenek moyangnya meninggal sejumlah harta karun untuknya.  Bagi memastikan misi itu berjaya, mereka melibatkan seorang dukun yang kononnya bijak mengenal pasti lokasi sebenar harta karun yang dikhayalkan itu. Akhirnya, mereka tersedar yang mereka tertipu.

Selepas kejadian ditipu itu, Angger mulai insaf dan hatinya terbuka semula hendak mengamalkan ajaran yang pernah dia peroleh semasa bersekolah di sekolah pondok dahulu. Antaranya, mengamalkan pembacaan dan menghayati bait-bait surah al-Waqiah.

Harga: RM 18 (semenanjung) dan RM20 (sabah dan sarawak)

Sunday, January 15, 2012

Doktor Cinta

 

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
 
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
 
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.
 
Harga : RM 26 (Semenanjung) dan RM28 (sabah dan sarawak)

Thursday, January 12, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu

 

Sinopsis:
 
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

Harga : RM26.90 (semenanjung) dan RM 28.90 (sabah dan sarawak)

Friday, January 6, 2012

Mudahnya Berkahwin Dalam Islam

 

Apabila hidup keseorangan, kita sunyi

Apabila perlukan teman, kita mencari

Apabila berhajat kepada pasangan, kita berkahwin

Apabila berkahwin, kita punya keluarga

Apabila berkeluarga, kita perlu memelihara

Apabila ada masalah, kita perlu cari penyelesaian

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni. Kebahagiaan itu pasti lahirnya daripada sebaran cinta, rindu dan kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak. Lengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga demi mencapai impian anda.
Apabila membaca buku ini anda akan mengetahui:
  •          Hukum Berkahwin
  •          Pemilihan Calon Isteri dan Suami
  •          Mahar dan Walimatul Urus
  •          Tanggungjawab Suami dan Isteri
  •          Cerai dan Rujuk
  •          Poligami
  •          Dan Pelbagai Isu Perkahwinan yang Lain
  •  
  • Harga: RM 5.00 (semenanjung) / RM 6.00 (Sabah dan Sarawak)

Sekiranya Aku Menjadi Detektif

 

Cuti sekolah bermula. Aida dan tiga sahabatnya merancang dan bersetuju pulang ke kampung keluarga Aida di Kampung Uda, Pahang. Mereka berempat tidak sabar mahu menikmati suasana di kampung. Pelbagai rancangan telah mereka atur. 

Puan Hanim tidak percaya dengan akal Aida dan tiga sahabatnya itu tanpa melakukan aktiviti di luar jangkaannya. Meskipun Aisha, kakak Aida menolak keras untuk menyertai mereka pulang ke kampung, Encik Jamil dan Puan Hanim memberi kata muktamad tanpa mendengar alasan Aisha lagi.

Tibanya mereka di kampung, mereka dikejutkan dengan kes kecurian yang semakin menjadi-jadi. Mendengarkan hal demikian, Aisha, Aida dan tiga temannya meluru mendapatkan sandal mereka. Nasi sudah menjadi bubur. Sah, kasut-kasut mereka hilang!

Aida dan tiga temannya bercerita berkenaan kes kecurian yang dihebohkan oleh datuk dan neneknya. Rashmi memasang angan-angan mahu menjadi detektif bagi membongkar misteri itu. Malah membayangkan pasti seperti dalam filem James Bond dan cerita Sherlock Holmes. Rashmi teruja bercerita berkenaan pekerjaan idamannya. Tidak terkecuali Aida yang  turut memasang angan-angan mahu menjadi detektif sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi.


Harga: RM 15.90 (semenanjung) / RM 17.90 (sabah dan sarawak)

Monday, January 2, 2012

Pilihlah Aku Menjadi Pramugari

 

Kisah Nabila yang obses mahu menjadi pramugari. Bahkan sudah enam kali dia menghadiri temu duga di syarikat penerbangan yang berlainan walaupun gagal. 

Oleh demikian, Nabila berhijrah ke Sepang dan menyewa bilik di Flat Kosmopolitan bersama Kak Rose dan rakan sekampungnya, Maimunah. Kak Ros adalah penginap di kamar utama, seorang guru sekolah rendah yang amat memahami.

Lantas Nabila sanggup bekerja sebagai tukang cuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Encik Saiful adalah penyelia yang sangat cerewet dan cukup berlagak. Setiap kesalahan Nabila diperbesarkan dan sentiasa mencari kesalahannya. Malah Nabila dikerah bekerja lebih masa.

Semasa Nabila mengetahui ada temu duga pramugari Syarikat Penerbangan Golden Fly, dia tidak mahu melepaskan peluang itu. Nabila berazam mahu melakukan dengan sebaiknya. Dengan sepenuh jiwa, dia membuat segala macam persiapan. Membaca poket buku pelancongan dan mengikuti kelas tambahan bahasa Inggeris pada waktu malam di flat yang dikendalikan oleh Kak Ros.

Harga : RM16.90 (Semenanjung) dan RM18.90 (Sabah dan Sarawak)

Diari Orang Popular

 

Jurnal peribadi yang mencatatkan perjalanan hidup seorang remaja yang terdiri daripada golongan bangsawan yang kurang popular dalam kalangan kerabatnya, tetapi mahu menjadi seorang yang popular dan dikenali oleh rakan-rakan.

T-Leah juga mahu menandingi sepupunya yang sentiasa menjadi saingannya iaitu Tengku Mira.

Tengku Leah mahu popular. Seperti ataupun lebih daripada Tengku Mira. Ikuti catatan hati Tengku Leah. Perlukah dia menjadi popular? 
Benarkah menjadi popular itu tersangatlah penting?
Harga : RM 8.90 (Semenanjung) dan RM 9.90 (Sabah dan Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote