Saturday, February 26, 2011

Lelaki Berbaju Biru

 

 “Sesuatu kejayaan itu akan bertahan lebih lama kalau dicapai tanpa menggagalkan prinsip kita.” Itulah kata-kata semangat daripada Walter Cronkite yang pegang oleh lelaki berbaju biru itu.

Hampir setiap hari, lelaki berbaju biru itu menuju ke sebuah restoran yang menemukannya dengan dua insan, Azila yang selalu tertekan dengan hasrat ibunya dan Akmal yang mudah terpengaruh dengannya.

“Kakak dan abang tunggu saya di pintu pagar sekolah selepas habis waktu sesi pagi. Oh ya, kakak jangan lupa berbaju kurung biru, ya? Abang juga datang dalam persalinan baju Melayu berwarna biru.” Permintaan lelaki berbaju biru itu menjebakkan Azila dan Akmal ke 'dunia biru'.

“Bukankah biru itu simbol perpaduan? Tambahan pula, hanya pengawas sahaja yang dibenarkan berbaju biru di sekolah saya dan jawatan pengawas itu hanya bagi orang terpilih sahaja. Awak pula diberi kebenaran memakainya tanpa memegang jawatan pengawas. Saya kagum!”

“Baju biru abang cantik juga. Segar, umpama langit selepas hujan.” Tanpa disedari, lelaki berbaju biru itu terus mempengaruhi orang-orang di sekelilingnya.

Namun, mampukah lelaki berbaju biru itu meleraikan kekusutan dalam 'dunia biru' yang diciptanya sendiri?

Harga : RM 19.50 dan RM 21.50

Friday, February 18, 2011

Aku Yang Kau Tinggalkan


Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
Harga : RM 25 (Semenanjung) & RM 28 (Sabah dan Sarawak)

Thursday, February 17, 2011

Namaku Bukan Maria


Novel ini mengangkat watak besar dalam sejarah tanah air iaitu Natrah. Pengarang memilih nama Natrah kerana nama ini tercatat dalam sepucuk surat yang ditulis oleh Mansor Adabi kepada Natrah sewaktu Natrah dipaksa ke Belanda.

Kisah ini berlaku pada zaman darurat ketika Jepun menyerang Malaya. Sewaktu itu Che Aminah mengikut suaminya berniaga di Bandung, Indonesia. Che Aminah rapat dengan Nor Louise, nenek Natrah yang sudah memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan pemuda tempatan. Kemesraan itulah yang menyebabkan ibu Natrah, Adeline Hertogh menyerahkan Natrah kepada Che Aminah.

Perang menyebabkan kemiskinan dan kemelaratan. Perang juga menyebabkan suaminya Hertogh menjadi tawanan Jepun. Sebagai ibu tunggal, keluarga yang besar seperti keluarga Natrah dihimpit derita untuk membesarkan anak-anak. Oleh sebab itu, beliau tidak mampu menanggung keluarga lalu bersetuju menyerahkan Maria kepada Che Aminah, sebuah keluarga Melayu yang berasal dari Terengganu. Mak Minah menerima Maria menjadi anak angkatnya dan mengislamkannya dengan nama Natrah.

Harga: RM 18 ( Semenanjung) / RM 20 (Sabah dan Sarawak)

For One More Day (Untuk Sehari Lagi)

 

For One More Day adalah kisah mengenai seorang ibu dan seorang anak, sebuah perhubungan yang tidak berpenghujung. Ia membuatkan kita berfikir akan persoalan "Apakah" yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang melalui semula satu hari bersama orang yang sudah pergi?

Semasa kecil. Charley Benertto diberi pilihan oleh ayahnya. "Kamu boleh menjadi ibu ataupun anak ayah, tidak boleh menjadi kedua-duanya. Dengan itu, Charley memilih menjadi anak ayah. Dia begitu menyanjungi sang ayah sehinggalah pada suatu hari lelaki itu meninggalkan keluarga mereka. Charley yang ketika itu berusia sebelas tahun terpaksa beralih menjadi anak ibu pula. Ibu yang gigih membesarkan Charley dan adiknya sendirian, meskipun Charley begitu mengharap kehidupan berkeluarga yang lengkap.
"For One More Day dapat membuat kamu tersenyum. Ia dapat membuat kami berasa hiba. Ia dapat mengalirkan air mata nostagia dari mata kamu. Dan yang paling penting, ia dapat membuat kamu percaya akan dahsyatnya kasih sayang seorang Ibu."

-James McBride,penulis

Harga : RM 17.50 (Semenanjung) dan RM 19.50 (Sabah dan Sarawak)

Wednesday, February 16, 2011

Hadirmu Takdirku

 

Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai perkara ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam... kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!
Harga Senaskah : RM 18 (Semenanjung) dan RM 21 (Sabah dan Sarawak)

Tuesday, February 15, 2011

Palestin Kami Datang! (Detik Cemas Mavi Marmara

 

Washh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang. 

Banyak lagi episod - episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu genting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu palestin, menerobos tembok kematian!.

Harga Senaskah : RM 17 (Semenanjung) dan RM 19 (Sabah dan Sarawak)

Monday, February 14, 2011

Kupercaya Ada Cinta

 

Kadangkala... kebetulan itu satu titik permulaan yang indah.

Kupercaya Ada Cinta menyingkap kisah Hazz yang agak terkebelakang dalam berfesyen serta digelar sebagai ‘wanita sihir’ oleh pelajar-pelajarnya di kolej disebabkan sikapnya yang tegas dan garang ketika mengajar.

Perjalanan hidupnya mula berputar tiga ratus enam puluh darjah selepas dia bertemu dengan Fakhri, seorang pereka fesyen akibat kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja. Mereka berdua bagaikan seteru dan berdendam di antara satu sama lain akibat kemalangan itu lalu terjadilah peristiwa yang mengaibkan Hazz sepanjang hidupnya hingga memaksa beliau menyaman Fakhri. Fakhri yang tidak mahu naik turun di mahkamah rela dijadikan sebagai ‘hamba tebusan’ dengan syarat dia harus menukar imej Hazz dalam tempoh enam bulan.

Dalam masa yang sama, papa Hazz dan mama Razznal ingin menyatukan mereka berdua. Tetapi Hazz tidak mahukan sebuah perkahwinan tanpa sebarang cinta. Razznal pula telah pun mempunyai ‘kekasih gelapnya’ – Gabriel. Kepada Witch (rakan chatting di alam maya) Razznal meluahkan permasalahannya kerana hanya Witch yang bisa membuatkannya tertawa dan melupakan sementara tekanan hidupnya. Kepada Fakhri Hazz meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap papanya yang mengongkong hidupnya. 
 
Bagaimanakah kesudahan kisah Hazz? Siapakah jodohnya? Razznal? Fakhri? Atau Zaidib… Pujaan hati Hazz secara senyap-senyap itu?

Hmmm… bagaimana pula dengan Razznal? Adakah cinta songsangnya utuh bersama Gabriel? Siapakah identiti sebenar teman chatting Razzlan di alam maya itu? Siapakah Witch yang sebenarnya?

Harga Senaskah : RM 20 (Semenanjung) : RM 23 (Sabah dan Sarawak)

Sunday, February 13, 2011

Detektif Asrama Delima


Ali, ketua Asrama Delima memohon keluar dari asrama. Seluruh penghuni asrama gempar dengan tindakan itu. Semua berlaku selepas dia ditemui tidak sedar diri di belakang blok. Yang mana mereka tidak tahu, Ali terserempak sesuatu yang menyeramkan pada malam sebelum itu. Sesuatu membuatkan matanya terbeliak besar, lidahnya kelu dan pandangannya kelam. Apa sebenarnya berlaku? Misteri apakah yang menyelubungi Asrama Delima? Siapakah yang tahu cerita sebenar?

Harga : RM 19 (Semenanjung) dan RM 21 (Sabah dan Sarawak)

Thursday, February 10, 2011

Aku, Dia dan Drama Queen

 

Sindrom resdung dan sinus menyerang Zaza kali ini. Gadis manis inik asyik hacuummm sana.. hacumm sini! Hidungnya bengkak macam buah strawberi. Pipinya bertaburan dengan bintik-bintik merah bagai ada buah ceri masak di ladang! Zaza berazam mahu menjadi lebih rajin dan pembersih. Dia tidak boleh terkena habuk atau debu di rumah.

Pun begitu, semuanya menjadi hura-hara apabila Zaza punya rakan sebilik yang baru. Entah mengapa, rakan sebiliknya itu benar-benar mencabar kesabaran Zaza dan teman yang lain. Dia adalah Diba yang juga digelar Diva atau Drama Queen.

Betulkah Diba @ Diva @ Gadis Drama Queen ini pelajar pinta dari Universiti Michigan Amerika Syarikat? Kalau benar, mengapa tercampak pula di kolej Zaza? Mengapa dia suka bercakap besar tetapi di dalam beg mahalnya yang terkoyak di tengah jalan itu ada terselit alat penekan daging burger? Ayuh, selongkar kisah Zaza dan teman-temannya kali ini dalam Aku, Dia dan Drama Queen.

Harga : RM 17.90 (Semenanjung) dan RM19.90 (Sabah dan Sarawak)

Wednesday, February 9, 2011

Patricians VS Aurora

 

Aurora
Gelak ketawa empat gadis memenuhi ruang kafe kolej Inspirasi. Semua pelajar lama sudah lali dengan kelakuan empat gadis itu. Empat sekawan tersebut tidak pernah menghiraukan orang yang memandang dan memerhatikan mereka. Mereka tidak menghiraukan komen dan cakap-cakap para pelajar tentang apa yang mereka lakukan kerana mereka tahu mereka tidak membuat salah.

Patricians
Di satu sudut bertentangan di dalam kafe itu pula terdapat empat orang pemuda. Mereka tidak kurang sama dengan keempat-empat orang gadis tadi. Mereka tidak memperdulikan orang sekeliling setiap kali membuat sesuatu, selagi mereka tidak menyusahkan orang lain. Namun segala pengerakan gadis berempat itu sentiasa diperhatikan supaya mereka dapat peluang untuk mengenakan mereka.

Apabila Patrician bertemu Aurora ;

"Kau memang patogen, Syafiq! This means war!" - Aurora

"Kami tunggu, alegen!" - Patricans

Kesimpulannya

"Revenge is sweet. Do you guys know that?"

Harga : RM 16.90 (Semenanjung) dan RM 19.90 ( Sabah dan Sarawak)

Tuesday, February 8, 2011

Gerhana

 

Fenomena yang senantiasa menakjubkan manusia sepanjang zaman. Sememangnya penuh misteri. Tanpa siapapun menduga, kejadian gerhana anulus yang sekian lama dinantikan para pemerhati langit setelah memporak-perandakan kehidupan dua insan.

Iman, pelajar tahun akhir jurusan astronomi, tidak dapat mengawal dirinya dan kebakaran sentiasa berlaku di sekelilingnya.

Zikri, pemuda seiras Iman yang tercampak ke zaman sekarang dari masa hadapan, memperoleh kekuatan luar biasa.

Sedikit demi sedikit kuasa yang dimiliki memakan diri, Iman sering sakit kepala, manakala Zikri semakin lupa dunia asalnya.
Mereka perlu mencari jalan keluar untuk kembali kepada keadaan asal diri. Masa semakin suntuk dan ketentuan takdir sukar mencabar hakikat hidup mereka sebenarnya.

Harga : RM13.50 (Semenanjung) dan RM 15.50 (Sabah dan Sarawak)

Sunday, February 6, 2011

Guru Arkitek Bangsa


Menyelunsuri perjalanan Fuad membina kerjaya dalam bidang penguruan. Dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang, beliau tetap meneruskan hasrat mengisi borang kemasukan ke maktab penguruan. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana tiada sebarang jawapan daripada pihak maktab selepas enam bulan. Akhirnya beliau meneruskan pelajarannya ke tingkatan Enam dan berusaha mendapatkan keputusan cemerlang bagi memasuki maktab penguruan.

Selepas berusaha siang dan malam, beliau akhirnya berjaya diterima masuk ke maktab penguruan. Maka bermulalah perjuangannya dalam usaha mengejar cita-cita menjadi seorang guru. Banyak perkara yang ditempuhi bagi menyedarkan dirinya, betapa menjadi guru itu perlukan kecekalan dan kesabaran yang tinggi, bukan sekadar pilihan terakhir sekiranya tidak mendapat kerja.

Beliau tidak mahu hanya sekadar menjadi guru biasa. Banyak peluang terbuka luas baginya memajukan diri dalam profesion perguruan dan mencurahkan bakti kepada anak bangsa. Apakah peluang itu? Bukankah tugas guru hanya mengajar dalam kelas? Kata orang, kerjaya guru tidak akan ke mana. Fuad membuktikan yang beliau mampu menjadi guru bukan sekadar guru. Baginya guru arkitek yang melakar tamadun bangsa.
Harga : RM 24 (Semenanjung)
           RM 27 (Sabah dan sarawak)

Wednesday, February 2, 2011

Aku Ada Kamu


Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yang ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yang lain. Namun di sudut hati, Hisham seorang sahaja pujaan hati.

Tika inai masih lagi merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yang mencinta Hisham dan tergila-gila. Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yang pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak menyerah begitu sahaja.
Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.

"Mencintai tidak semestinya memiliki, namun setiap orang dianugerahkan cinta dalam kehidupan mereka. Bukan sekali malah berkali-kali. Namun atas diri, menghargai atau menghindari. Karya Kak Lily tidak pernah menghampakan.
- Ulat buku yang menulis

Harga : RM 23 (Semenanjung)
           RM 25 (Sabah & Sarawak)

Tuesday, February 1, 2011

Manik Merah Jambu

 

 Meeya & Aishah

Dua gadis dari latar belakang yang berbeza. Antara pelajar sekolah antarabangsa dan sekolah biasa. Namun mereka punya minat dan cita-cita yang sama. Manik, butang dan labbuci menjadi sahabat mereka. The golden wardbrobe mula dikenali kerana rekaan unik mereka. Rancangan mereka mula dicemburui.. Mampukah mereka mencapai impian pereka fesyen?

"Minat mereka pada fesyen seiring dengan bakat kreatif mereka yang sebati dalam diri mereka. Di negara kita terdapat pelbagai usahawan cuma yang kita mahu adalah kreativiti yang ditampil dengan produk yang dihasilkan maka ini barulah menepati ciri-ciri usahawan"

-Ulat buku yang menulis

Harga Buku : RM 15.00 (Semenanjung Malaysia)
                    RM 17.00 (Sabah & Sarawak)

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote