Saturday, January 8, 2011

Detektif Bertudung Hitam

 

"Ini Saya tempah kad bisnes untuk awak."

"Encik Zabidi letak nama jawatan saya 'Penyiasat Persendirian'? 
Saya gana kerani, encik salah tempah," Persoal Zahra.

" Tak ada yang salah. Memang saya sengaja letak jawatan awak sebagai 'Penyiasatan Persendirian' kerana bekerja di syarikat penyiasatan membuatkan awak jadi penyiasat. Takkan saya hendak letak kerani pula?
Kerani buat apa ada kad bisnes? Secara tidak langsung awak dapat mempromosikan syarikat ini. Jadi, jangan simpan sahaja kad itu, berikan kepada orang. Faham!" terang Encik Zabidi panjang lebar.

"Faham!" jawab Zahra keras. Tidak semena-mena dia menjadi penyiasat pula. Hati Zahra bergetar memikirkan dunia baru yang perlu ditempuhinya.
Zahra gadis pemalu yang selalu tampil bertudung hitam. Gadis pemalu yang mendapat kerja sebagai kerani di syarikat penyiasatan kerana sanggup bekerja dengan gaji yang rendah. Gadis pemalu yang memerlukan wang bagi membiayai kos pembedahan ayahnya. Menyiasat kes pembunuhan? Ganjaran RM50,000? Mampukah Zahra yang pemalu ini menyiasat kes itu?

Harga Buku :

RM 17.9 0 (Semenanjung)
Rm 19.90 (Sabah & Sarawak)

No comments:

Post a Comment

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote