Thursday, August 25, 2011

Aku, Dia dan Gaun Pengantin


"Selamat pagi Cikgu Zaza!" Wah, bahagianya menjadi cikgu!
Tetapi yang tidak seronoknya apabila murid-murid juga pandai mengkritik!Mengapa muka cikgu nampak bulat seperti glob di sudut geografi?

Kisah Zaza dilamar oleh Fariz heboh di sekolah. Musuh tradisi Zaza, Maliz dan Asyikin berasap kepala mendengar khabar itu. "Zaza tidak sesuai untuk Fariz! Gadis gempal tidak boleh bersama jejaka terhangat." Itu kata Maliz dan Asyikin. Zaza semakin berserabut, namun sempat berangan-angan.

Mahu gaun pengantin beropol-ropol ataupun yang kainnya berekor panjang seperti duyung? Oh, mahu berbaju kurung songket bunga tabur sahaja atau memakai gaun? Tetapi badan perlu kurus dahulu! Oh, peningnya!

Bertambah ribut apabila Maliz dan Asyikin 24 jam sehari dan 7 hari seminggu mengekorinya. Ada-ada sahaja dua sahabat ini merancang misi sulit. Haih!

Harga : RM 15.50 (Semenanjung ) / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)

No comments:

Post a Comment

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote