Thursday, November 25, 2010

Bicara Pedusi

 

(Novel Hadiah Seorang Ustaz Yang Ziarah Ke Mesir)

Jati Diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri diburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ie namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya kebahagiaan hanya dikecapi dengan manuai sabar lantas itu jalan sufi itu yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di Negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan  cara hidupnya berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung  melalui dapat mengubati kerinduaan antara mereka dan segalanya dikongsikan bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah yang sejati.

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai daei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti sillaturahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagian hanya akan dikecapi dengan manual sabar lantas itu jalan sufi itu yang selalu dipilihnya.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.
"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana Ombak juga aku tahu bahawa Allah menyanyangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku.."

Atas kerana inilah, kisah ini mengambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. biarpun dimana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerag paing berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI. 

Harganya : LE 10

No comments:

Post a Comment

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote