Friday, November 26, 2010

Sepupuku Suamiku

 

Larilah hingga Hujung Dunia,

Berenanglah hingga ke dasar lautan,

Terbanglah hingga ke langit ke tujuh,

Kalau sudah jodoh,pasti bersatu jua. 


Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinannya mereka hanya ingin mejaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu menghadapi hidup bahagia. Cinta disemai semakin hari semakin segar mewangi. Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah. Bagi Hisham pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang menganggu. Tidak goyah walaupun sedikit pun cinta buat isteri. Ketaksuban Cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukannya agar Hisyam kembali padanya. Makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta,andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga bergitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia dia akan terus berusaha. 

"Abang hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang itu. Nana harap Abang mengerti."

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diinginkan dan diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta. Andai kau tercipta untukku kita tetap akan bersatu walaupun terpisah seribu tahun.

 Harga senaskah : RM 19 (Semenanjung)
                                    RM 22 (Sabah/Sarawak)
 

No comments:

Post a Comment

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote