Thursday, November 25, 2010

Surah Surah Rindu

 

Nurin Hannah, gadis yang dilimpahi kemewahan kasih sayang walaupun dia sering menjadi bahan usikan kerana perezaan wajah dan warna kulit dengan keluarganya. Sejak kecil ibu bapanya mengasuh dia dan adik beradiknya dengan didikan sempurna bagai bekalan dunia dan akhirat di samping menjadi muslimah sejati.

Ketika menuntut di universiti, pintu hatinya diketuk jejaka yang terkenal di universitinya. Teringatkan pesanan ibu menghalang dia berkasih ketika sedang belajar, Nurin Hannah akur dengan ingatan itu. Tetapu mampukah jiwa halus Nurin Hannah menahan gelodak hati yang meronta?

Persoalan mengenai status Nurin Hannah membuatkan gadis itu dalam dilemma. Benarkah dia hanya anak angkat Abdullah dan Hasinah? Nurin Hannah semakin kalut. Tetapi wajarkah dia melupakan kasih sayang yang dicurahkan ibu bapanya hanya kerana sepucuk surat? Siapakah dia sebenarnya? 

Surah-Surah RIndu ada jawapannya..

Harga senaskah :

RM24.00 (Semenanjung)
RM27.00 (Sabah/Sarawak)

No comments:

Post a Comment

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote