Wednesday, December 1, 2010

Like Father Like Son



"Tahun berapakah Tuhan kamu dilahirkan?"
tanya seorang ilmuan kafir.

"Allah tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan,"
jawab Abu Hanifah.

"Hmmm,masuk akal juga jika kamu kata Tuhan kamu itu tidak melahirkan dan tidak pula di lahirkan. Lalu pada tahun berapa dia mula wujud?"
tanya ilmuan kafir lagi.

"Dia wujud sebelum segala kewujudan ada,"
tegas Abu Hanifah.

"Boleh kamu berikan contoh yang kuat tentang hal ini?"
tanya ilmuan kafir itu.

"kamu tahu tentang kira-kira?"
Tanya Abu Hanifah pula.

"Ya, saya tahu."

"Angka berapa sebelum angka satu?"

"Tidak ada,"
jawab ilmuan kafir itu dengan pantas.

"Jadi, kamu sedia maklum bahawa tiada angka lain sebelum satu, kenapa pula kamu perlukan contoh bahawa kewujudan Allah itu tidak ada yang mendahuluinya?"
Tegas Abu Hanifah.

(Perdebatan Abu Hanifah dan Ilmuan Kafir)

Permulaan melihat buku ini disangkakan novel rupanya sebuah "Untaian Kisah Penuh Hikmah". Semua kisah yang dipaparkan di dalam buku ini ibarat 'minuman suam' yang dihirup ketika musim terkujuh. Ianya menghangatkan jiwa kita untuk sentiasa merenungi kehidupan dan mensyukuri betapa Allah S.W.T. itu Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Pemurah. Kisah-kisah ini juga ibarat oasis di sebuah gurun kehidupan yang gersang serta penuh liku. Banyak kisah keagamaan yang penuh hikmah serta bergizi untuk menyedarkan kita tentang makna kehidupan di bawah sedar kita. Tentu tidak ada seorang pun di antara kita yang tidak pernah menghadapi masalah dalam kehidupannya. Oleh itu, bacaan mudah dan padat berisi hikmah ini adalah sebuah inspirasi yang sesuai untuk menyuburkan jiwa dan minda kita agar lebih bijak mengharungi kehidupan.

Boleh dapatkan di kedai buku dengan harga : -

RM 19 (Semenanjung)
RM 21 (Sabah/Sarawak)

No comments:

Post a Comment

Pilihan Pembaca

Vote Jangan Tak Vote